20 Fakta Menarik Mengenai Tubuh Manusia

Tubuh badan manusia mempunyai banyak rahsia tersendiri yang mempunyai keajaipan tertentu. Berikut adalah antara fakta-fakta yang menarik mengenai anggota badan manusia yang mungkin ramai tak tahu:
 
1. Saiz mata manusia adalah kekal sejak dilahirkan. Tetapi hidung dan telinga kita tidak pernah berhenti membesar.

2. Semasa hayat manusia, kita akan menghasilkan air liur yang cukup banyak untuk memenuhi dua kolam renang. Air liur, sebenarnya lebih penting daripada apa yang kita sangka. Jika air liur kita  tidak berfungsi, kita tidak boleh merasai kelazatan makanan dan kueh-kueh raya.

3. Kaki manusia mempunyai 52 tulang, menyumbang satu perempat daripada semua tulang badan manusia.

4. Kaki mempunyai 500.000 kelenjar peluh dan boleh menghasilkan lebih daripada satu pain peluh sehari. 

5. Badan kita boleh mengeluarkan haba yang cukup dalam masa 30 minit untuk membuatkan setengah gelen air mendidih. 

6. Badan kita mempunyai cukup besi untuk membuat paku berukuran 3 inci panjang. 

7. Setiap orang mempunyai bau yang unik, kecuali kembar seiras, yang mempunyai bau yang sama. 

8. Gigi kita mula berkembang 6 bulan sebelum kita dilahirkan. That is why satu daripada setiap 2,000 bayi yang baru lahir mempunyai gigi apabila mereka dilahirkan.
9. Kepala seorang bayi adalah satu perempat daripada jumlah panjang. Tetapi apabila kita  berumur 25 tahun, ianya hanya akan menjadi satu perlapan daripada jumlah panjang. Ini adalah kerana kepala manusia tumbuh pada kadar yang lebih perlahan daripada anggota badan yang lain. 

10. Bayi dilahirkan dengan 300 tulang. Tetapi apabila dewasa tulang kita berkurang kepada 206. Beberapa tulang, seperti tulang tengkorak, bergabung di antara satu sama lain. 

11. Hidung kita boleh mengingati 50,000 aroma yang berbeza. Tetapi seorang wanita, boleh menghidu sesuatu yang berbau busuk lebih baik daripada seorang lelaki. 

12. Badan manusia dianggarkan mempunyai 60,000 km saluran darah.

13. Jangka hayat rambut manusia adalah 3 hingga 7 tahun secara purata. Setiap hari manusia akan kehilangan secara purata 60-100 helai rambut.

14. Manusia mempunyai ketinggian lebih kurang 1 cm pada waktu pagi berbanding pada waktu petang, kerana semasa aktiviti normal pada siang hari, rawan di lutut dan kawasan-kawasan lain perlahan-lahan menjadi mampat. 

15. Otak manusia beroperasi pada jumlah yang sama seperti kuasa mentol lampu 10 watt, walaupun ketika kita sedang tidur. Malah, otak lebih aktif pada waktu malam berbanding pada siang hari.

16. Impuls saraf bergerak secepat 70 batu sejam ke/dari otak manusia. Neuron terus berkembang di seluruh kehidupan kita. Maklumat bergerak pada kelajuan yang berbeza dalam pelbagai jenis neuron.
 
17. Janin manusia memperolehi cap jari pada usia tiga bulan.

18. Bibir manusia berwarna merah kerana kepekatan kapilari betul-betul di bawah kulit bibir.
  
19. Tiga ratus juta sel mati dalam tubuh manusia setiap minit. 

20. Seperti cap jari, setiap individu mempunyai bentuk lidah yang unik yang boleh digunakan sebagai pengenalan diri.  

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat