Hukum Solat Sunat Selepas Witir
Solat Witir
Islam menganjurkan kita melaksanakan solat witir untuk menambahkan ketakwaan kepada Allah Taala. Ia juga adalah solat malam yang penting dilakukan umat Islam sepanjang masa.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah Taala menyediakan kamu dengan
solat lebih baik bagi kamu dari unta merah dan ia untuk kamu
(masanya) dari solat Isyak hingga terbit fajar iaitu witir, witir
(disebut dua kali).” (Riwayat al-Baihaqi)
Solat witir hukumnya sunat muakkad bagi kebanyakan ulama, bahkan ia
amat digalakkan syarak seperti hadis daripada Abi al-Darda’ bermaksud:
“Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) telah berwasiat kepadaku tiga perkara
antaranya ialah supaya aku mengerjakan (solat) witir sebelum tidur.”
Sabda Nabi SAW: “Solat witir itu hak bagi seorang Muslim. Maka
sesiapa suka solat witir lima rakaat maka lakukanlah, sesiapa suka
melakukan tiga rakaat maka lakukanlah dan sesiapa yang suka melakukan
satu rakaat maka lakukanlah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat mengikut
kebanyakan ulama. Adapun sebanyak-banyak ialah 11 rakaat dan dilakukan
secara witir (ganjil) iaitu tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11.
Bolehkah solat sunat selepas solat witir sedangkan solat witir
sunat dilakukan di akhir malam? Imam Nawawi menjawab, “Dibolehkan solat
sunat selepas melakukan sembahyang witir dan tidak perlu lagi menunaikan
solat witir buat kali kedua.”
Ia bersandarkan hadis Nabi SAW: “Tiada dua solat witir pada satu malam.” (Riwayat al-Tirmizi)
Diriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya mengenai orang yang meninggalkan solat witir, beliau menjawab, “Itulah orang yang fasik yang tidak diterima penyaksiannya.”
Walaupun bagi Imam Ahmad solat witir hanyalah sunat, tetapi ini
menunjukkan besarnya kelebihan solat witir hingga sesetengah ulama tidak
menerima syahadah atau penyaksian sekiranya seseorang tidak melakukan
solat witir.
Melihat kepada gesaan dan galakan Allah SWT dan Rasul-Nya,
menggambarkan kepentingan solat witir terhadap kehidupan seorang Muslim
hingga ulama mazhab Hanafi menganggapnya sebagai wajib.
Gd info..tq for sharing.
ReplyDeleteznzabadistore.blogspot.com