Oprah Winfrey selebriti termahal (The most expensive celebrity)


Oprah Winfrey


LOS ANGELES 28 Ogos - Walaupun rangkaian televisyen baru miliknya berdepan kesukaran, namun pengacara popular, Oprah Winfrey masih kekal sebagai selebriti yang mendapat bayaran paling mahal, masuk tahun keempat berturut-turut.

Menurut laman web kewangan Forbes.com semalam, walaupun Winfrey gagal mencatat kejayaan bersama rakan kongsinya, Discovery Communications mengendalikan rangkaian televisyen OWN, tetapi ia tidak menghalang Winfrey untuk memperoleh pendapatan sebanyak AS$165 juta (RM512 juta) bagi tempoh setahun sejak Mei tahun lalu.

Bayaran tersebut dijana daripada program televisyen yang dikendalikannya seperti Dr. Phil, Rachael Ray dan The Dr. Oz Show.

Berada rapat di belakangnya ialah pengarah filem, Michael Bay melalui Transformers: Dark of the Moon yang disiarkan pada tahun lalu yang membantunya memperolehi pendapatan sebanyak AS$160 juta (RMRM496 juta) berdasarkan jualan tiket dan barangan permainan serta hasil-hasil lain.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat