Ujian Sains Terhadap Solat


Prof. Ir Fatimah melakukan ujian kesihatan ke atas subjek sebelum dan selepas disuruh menunaikan solat sunat dua rakaat bagi melihat tahap kesihatan subjek. 


KAJIAN saintifik menunjukkan ibadah solat tarawih yang dilakukan sekurang-kurangnya lapan rakaat dan tiga rakaat witir mampu mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram bagi sesetengah individu. 

Penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM), mendapati solat tarawih dan puasa dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekali gus merendahkan lemak dan paras glukosa dalam darah.

Kajian yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS), UM, Profesor Ir. Fatimah Ibrahim itu juga menunjukkan solat sunat tambahan dan diet seimbang boleh dijadikan kaedah untuk seseorang individu menguruskan badan serta mengawal komposisi badan.

Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia. 

"Bagaimanapun segalanya hanya boleh dicapai dengan menunaikan solat secara sempurna dan tertib," katanya semasa ditemui di Klinik Solat, Makmal Kejuruteraan Klinikal UM, Kuala Lumpur. Beliau menambah solat lima waktu amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.

Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas umat Islam bermula sejak Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab. Umat Islam perlu mencapai solat yang sempurna bagi mendapatkan faedah bukan saja di akhirat tetapi juga di dunia. "Faedah di akhirat dari segi pahala manakala dunia pula dari sudut kesihatan yang baik," katanya.

KajianJusteru beliau menjalankan kajian bagaimana mencapai solat sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Menurutnya, kajian menunjukkan solat yang dilakukan dengan pergerakan dan postur Rasulullah SAW dibuktikan secara saintifik amat baik untuk kesihatan. Tetapi pergerakan yang tidak betul atau tidak sempurna akan memberikan kesan terhadap kesihatan. 

Kajian yang dilakukan bermula 2005 melalui kaji selidik dan uji kaji mendapati mereka yang mengikuti lima tabiat lazim Rasulullah iaitu tetap bersolat, faham bacaan, solat jemaah atau sendirian, rukuk 90 darjah dan kedudukan kaki yang betul semasa sujud dan duduk tahiyat mempunyai kesihatan yang baik.

Prof. Fatimah berkata, untuk mendapat hasil tepat, subjek kajian menjalani ujian kesihatan menyeluruh sebelum dan selepas menunaikan solat sunat dua rakaat. "Hasil kajian itu menunjukkan subjek yang menepati lima perkara tadi bukan saja lebih sihat bahkan lebih tenang selepas menunaikan solat," katanya. 

Menyentuh mengenai solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan, Prof. Fatimah berkata, sebelum ini kajian yang dijalankan mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu mengimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga. "Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif.

Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh. "Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh," katanya. 

Dari sudut fizikal, pergerakan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan. Ia melibatkan pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik yang akan meningkatkan fungsi dan kekuatan otot. 

Kajian menunjukkan, solat lima kali sehari semalam juga dapat mengurangkan lemak dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu. Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stres, kolesterol dan kegemukan.

Comments

  1. sbnrnya byk misteri tntang solat ni...

    ReplyDelete
  2. Hye blog-ketegak...its true kan..byk sebenarnya misteri solat ni and its effect kat kita punya kehidupan...hanya ALLAH yang tau

    ReplyDelete
  3. pernah terbaca artikel ini dan memang sangat benar...

    ReplyDelete
  4. solat tu pun da sebahagian dari senaman yg kita lakukan stp hari kan..

    ReplyDelete
  5. hye..lelaki semalam..ya memang sgt betul..rasanya banyak lagi artikel pasal solat nikan ..implikasi kepada otak kita pun adakan

    ReplyDelete
  6. hye..Errah..betul tu..kalau solat betul-betul tak perlu susah-susah nak exercise yang berat-berat..agak-agak kalorie pergi gym pun boleh kalah..

    ReplyDelete
  7. hahaha... sory komen pasal word verification tu..
    saya ada post pasal benda alah tu..
    baca link kat bawah yer...

    http://bird7842.blogspot.com/2012/09/aku-tak-nak-komen.html

    sory sangat.. jangan terasa yer.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kat komen...
      tapi dah tak ada dah word verification tu...
      tak perlu lagi besarkan mata untuk lihat ayat2 bersambung tu...
      *beraninya sy tegur orang*
      ^_^

      Delete
    2. Its ok ruha, i just Confuse kat mana words tu coz bila i reply tak ada lak...nway thanks for alerting me. I tak perasan pun you all kena verify macam tu coz i know memang its a bit hassle kan..maybe setting kot...good to hear skrg dah ok...

      Delete
  8. Salam kenal dari segmen hanif
    Saya follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak and thanks ya dtg ziarah sini and follow my blog..jgn lupa dtg lagi ya..

      Delete
  9. Itulah hikmah yang terselindung di sebalik solat.....yang sedihnya masih ada segelintir yang masih buat-buat tak tahu.... semoga di berikan hidayah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu okje...rasanya kalau ramai yang benar-benar faham manafaat solat ni, tentu semuanya berebut-rebut untuk melakukannya...

      Delete
  10. Hikmah bersolat...memang tidak boleh dinafikan lagi! Thanks sharing:)

    ReplyDelete
  11. mmg banyak kelebiham bersolat..solat pun dah kira senaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dya, kalau sempurna pergerakannya InsyaALLAH banyak hikmah yang menanti kan...

      Delete
  12. Insyaallah sihat fizikal dan mental. Solat senaman yg seimbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH semoga dapat beribadah dengan sempurna...

      Delete
  13. Betul tu, bukan setakat dpt kebaikan di akhirat je,
    di dunia pun Allah berikan kelebihan org yg solat kan? ^^
    tak perlu susah2 nk diet lgi,
    byk menunaikan solat pun dpt membakar lemak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 110%...Segala ibadah yang ALLAH tentukan, pasti ada hikmah yang tersirat...dunia dan akhirat

      Delete
  14. rupanya byk yg tersembunyi yg kita xnmpak mengenai SOLAT NI...
    SUBHANALLLAH...
    NICE SHARING RAUDHAH..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dya coz sudi baca..semoga kita semua dapat manafaatnya kan...

      Delete
  15. that Y allah suruh kita sembahyang. sebab Ianya memang utk kebaikan kita. tapi ada yg buat buat tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wantie...kalau mereka tahu apa kebaikan solat mesti ramai yang sentiasa ternanti-nanti waktu solat kan...

      Delete
  16. Salam.. Wow very nice blog here.=) Minat jadi model? http://www.aimisyahirah.com/2012/10/perhatian-untuk-talent-model-di-luar.html

    ReplyDelete
  17. perkongsian yg menarik.....terima kasih..
    Banyak hikmah disebalik bersolat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali MP and semoga kita semua mendapat manafaatnya kan...

      Delete
  18. solat adalah tiang agama...dengan solat boleh melambangkan keperibadian seseorang itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true cik siti..insyaALLAH kalau solat kita jaga, peribadi juga terjagakan...

      Delete
  19. MasyaAllah.. tiada lain yang sempurna melainkan Islam. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala rahsia-rahsianya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Raimi. Sesungguhna segala rahsia milik ALLAH

      Delete
  20. ALLAHUAKBAR mmg banyak hikmah bersolat ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu si matatajam..Alhamdulillah kita dapat menikmati apa yang sepatutnya

      Delete
  21. slm kenal Raudzah...terima kasih sudi singgah ke blog QH

    QH pon penah baca info ni...mmg byk hikmahnya bersolat ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal to you too QH

      Semoga kita mendapat manafaatnya kan..

      Delete
  22. Allah membuat sesuatu mesti ada tersirat kebaiikannya.. sains membuktikanya.. kadangkala sains juga menyesatkan manusia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat