Asal Usul Gangnam Style

GAMBAR fail menunjukkan salah satu tarian kuda yang dilakukan oleh Psy. - REUTERS


SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com semalam.

Menurutnya, tarian itu dihasilkan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu.Dia yang berbadan gempa dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang.

"Setiap orang menyukainya (tarian kuda itu) dan mereka merakamkan dan memberikan saya wang," katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah wang yang diberikan kepadanya, Psy berkata: "Jumlah wang itu? Anda mahu saya menyatakan di tempat awam?" Dia kemudian ketawa selepas memberikan jawapan tersebut.

Gangnam (sebutan gang-nam) dirujuk kepada sungai-selatan dan istilah itu digunakan untuk merujuk kepada keluasan bahagian selatan Sungai Han yang terletak di Seoul, yang merangkumi daerah Gan-nam-gu, Seo-cho-gu dan Song-pa-gu.

Ketiga-tiga daerah itu umpama kawasan segi tiga emas berbanding tempat lain di Seoul kerana kehidupan di situ penuh gaya ibarat bandar Manhattan, New York atau Beverly Hills serta Orange County di California.

Secara kasar Gangnam Style atau Gaya Gangnam merujuk kepada kehidupan kelas atasan yang dipenuhi hotel mewah, pusat beli-belah yang penuh dengan barangan berjenama lagi trendy dan penduduk yang gemarkan sosial. Semua itu dapat dilihat pada setiap bait lirik Gangnam Style.

Populariti Psy melonjak di Amerika Syarikat selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu. Beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Robbie Williams dan Britney Spears mengagumi tarian tersebut.

Pengacara hos bual bicara popular di AS, Jay Leno turut membuat tarian tersebut semasa dia mengendalikan program terbitan stesen NBC itu.

Lebih 88 juta orang telah menonton klip muzik video Psy itu. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat