Belasah nenek tuntut sewa bilik
KUALA LUMPUR: Bagai dirasuk setan. Seorang nenek bukan saja disembur
racun serangga pada mukanya, malah turut ditolak, dipukul dan ditekup
bantal oleh penyewa bilik yang berang dengan tindakan wanita terbabit
yang menuntut sewa.
Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan penyewa itu terhadap
nenek 72 tahun terbabit bagaimanapun berakhir selepas seorang jiran yang
mendengar bunyi bising dari dalam rumah mangsa di Kampung Pandan, di
sini, membantu menyelamatkannya, kelmarin.
Sumber berkata, insiden hampir 30 minit itu bermula kira-kira jam 7 malam selepas mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan mengetuk pintu bilik meminta penyewa bilik di rumahnya itu membayar tunggakan sewa.
“Selepas beberapa kali mengetuk pintu, penyewa terbabit membuka
pintu bilik. Mangsa kemudian meminta wanita terbabit menjelaskan
tunggakan sewa.
“Wanita berkenaan yang dipercayai tidak puas hati dengan permintaan itu bertindak menghalau mangsa keluar dari dalam biliknya,” katanya.
Malangnya, sebaik mangsa keluar dari bilik itu, wanita terbabit bertindak menghalangnya lalu menyembur racun serangga ke arah muka mangsa menyebabkan matanya pedih.
Comments
Post a Comment