Gambar-Gambar Terbaik Fenomena Blue Moon Di Seluruh Dunia
LONDON - Fenomena bulan purnama menyinari langit lebih daripada sekali dalam sebulan dapat dilihat di serata dunia kelmarin.
Menurut akhbar MailOnline, bulan mengambang penuh pada 2 dan 31 haribulan sepanjang Ogos lalu.
Dikenali sebagai bulan biru, fenomena yang berlaku sekali setiap 2.7
tahun itu telah menarik perhatian ahli astronomi dan orang ramai di
seluruh dunia.
Kejadian luar biasa itu diramalkan berlaku sekali lagi pada Mei 2015.
Menurut akhbar berkenaan, nama bulan biru tiada kaitan dengan keadaan
fizikal bulan dengan maksud istilah tersebut hilang ditelan zaman.
Warna
biasa bulan semasa bersinar di langit adalah putih. Namun, bulan pernah
berwarna biru selama dua tahun apabila Gunung Berapi Krakatoa meletus
di Indonesia pada 1883.
Warna biru tersebut ekoran abu mikroskopik gunung berapi yang
melitupi angkasa dan hanya membenarkan sebahagian gelombang cahaya
menembusi atmosfera bumi. - Agensi
Gambar-gambar Fenomena bulan purnama yang sempat dirakamkan di seluruh dunia:
Blue Moon Di Evergreen Valley, Olympia
Blue Moon Di Paris
Blue Moon Di Portland
Blue Moon Di Hawai
Blue Moon Di Minot, SD
Blue Moon Di New York
Blue Moon Di Osaka
betulkah bulan bisa ditempati
ReplyDelete