Presiden Thein Sein mahu etnik Rohingya di singkirkan dari Burma
|
YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam
menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk
menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.
Perhimpunan yang berlangsung itu merupakan petunjuk terkini sentimen
anti-Rohingya yang mendalam di negara ini. Ia berlaku selepas satu
keganasan melibatkan pergaduhan antara etnik Rakhine yang bergama Buddha
dengan Rohingya pada bulan Jun lalu.
Dalam kejadian itu, seramai 80 orang terbunuh dan puluhan ribu
penduduk hilang tempat tinggal. Pada Julai lalu, Sein mencadangkan agar
Myanmar menghantar semua etnik Rohingya ke negara yang berminat menerima
mereka. Cadangan tersebut ditentang sebuah agensi pelarian Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Myanmar menyifatkan etnik Rohingya sebagai
pendatang haram dari Bangladesh.
Namun, Bangladesh juga didakwa tidak menerima etnik tersebut sekali
gus menyebabkan mereka tiada kerakyatan. PBB menganggarkan kira-kira
800,000 masyarakat Rohingya tinggal di Myanmar. Keganasan yang berlaku
pada Jun lalu adalah disebabkan dakwaan bahawa seorang wanita etnik
Rakhine telah dirogol oleh penduduk Rohingya. – Agensi
Comments
Post a Comment