Breaking News

Tuesday, October 23, 2012

AirAsia setuju pindah KLIA2



Tan Sri Tony Fernandes  
Tan Sri Tony Fernandes
 

Terminal baru jadikan operasi syarikat lebih mantap

Kuala Lumpur: AirAsia Bhd akhirnya bersetuju untuk berpindah ke terminal penerbangan kos rendah baru, KLIA2 di Sepang.

Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata syarikat penerbangan itu akan memindahkan operasinya ke lapangan terbang itu sebaik ia siap kelak. Lapangan terbang baru itu dijangka mula beroperasi pada April tahun depan.

Menerusi laman Facebooknya beliau menyatakan, pemindahan ke lapangan terbang berkenaan akan menjadikan AirAsia lebih mantap.

“Mendengar taklimat oleh Aireen Omar (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia). Kami sangat positif untuk berpindah. Ia akan menjadikan AirAsia lebih kukuh,” kata Tony yang kini berpangkalan di Jakarta.

No comments:

Post a Comment

Designed By