Apple kalah rayuan kerana Samsung tablet tak menarik


LONDON 19 Okt. - Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple kalah dalam rayuannya bagi menghalang pencabarnya, Samsung daripada meniru reka bentuk komputer tablet miliknya yang didaftarkan.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Britain di sini semalam dijangka akan menamatkan pertikaian dua `gergasi’ telefon pintar itu berhubung paten bagi telefon pintar dan komputer tablet keluaran mereka khasnya di Eropah.

 

Ia juga mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Britain sebelum ini yang memutuskan, walaupun terdapat kesamaan, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung tidak menyalahi reka bentuk Apple atas sebab gajet itu `tidak kelihatan menarik’. 

Keputusan itu pada masa sama dianggap sah dan boleh diguna pakai di seluruh Eropah bagi mengalang sebarang pertikaian lanjut membabitkan dua firma berkenaan tentang reka bentuk komputer tablet di rantau tersebut. - REUTERS

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat