Breaking News

Monday, October 22, 2012

JOZAN sah sertai Maharaja Lawak Mega : Habuan RM500,000


Nizam (berdiri, tengah) bersama peserta Maharaja Lawak Mega musim kedua. 
 Nizam (berdiri, tengah) bersama peserta Maharaja Lawak Mega musim kedua.


Jozan, Boboi antara tujuh kumpulan wakili Malaysia bersaing dalam musim kedua

Ganjaran wang tunai RM500,000 menanti juara program komedi terbesar, Maharaja Lawak Mega musim kedua.

Program yang akan mula disiarkan secara langsung melalui Astro Warna dan pakej Mustika serta Mustika HD pada jam 10 malam 16 November ini, mengekalkan format sama.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, berkata berikutan kejayaan musim pertama Maharaja Lawak Mega, Astro mahu mengangkat program komedi ke tahap paling tinggi.

“Jadi segala-galanya harus berubah termasuk hadiah wang tunai.

“Jika tahun lalu, juara Osbon (Abon dan Os) membawa pulang wang tunai RM350,000, kali ini johan akan memenangi RM500,000,“ katanya ditemui pada majlis sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, kumpulan pelawak popular Jozan sah menyertai program realiti ini, sekali gus menjawab teka-teki kononnya mereka berpecah. Kumpulan Boboi yang disertai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik turut membuat kejutan apabila menambah anggota baru iaitu Nabil Ahmad.

Musim kedua juga memperkenalkan satu ‘kerusi panas’ yang akan mempertandingkan tiga kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu. Salah satu daripada mereka akan layak menyertai menyertai program ini.

INFO

Wakil Malaysia


Jozan (Johan dan Zizan)
Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
PiMai (Imuda dan Mat Over)
Sabon (Sathia dan Abon)
Jambu (Tauke dan Yus)
R2 (Rahim dan Wan Lopez)
Shiro (Shahrol dan Ajak).

Wakil Indonesia


Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)
The Bandung Jokers (Dodon, Amin Bawel dan Aman).

Wakil Singapura


Dadidu (AR Badul, Johan dan Arif Sudin).

2 comments:

Designed By