Breaking News

Saturday, October 27, 2012

Percutian di Ibiza, mendorong wanita ini memeluk islam


Dikenali sebagai party girl, tiga bulan dahulu, kini Heather 27, sudah berhijab. 

Menurut beliau, Islam telah membawa 'cinta dan kebahagiaan' yang tidak pernah ditemuinya sepanjang 27 tahun.


New faith: Heather Matthews, with daughters Ellah, 5, and Halle, 2, converted to Islam four weeks agoHeather Matthews, bersama anak-anak perempuannya, Ellah, 5, dan Halle, 2, memeluk Islam empat minggu yang lalu


 Puan Matthews memberitahu bahawa selepas pulang dari bercuti di Ibiza, dia menyedari sesuatu yang tidak kena dengan cara pemakaiannya, apabila melihat gambar-gambar seksi beliau semasa percutian tersebut.

Dia merasakan imej tersebut amat tidak sesuai untuk kaum wanita dan boleh mengundang sesuatu yang tidak baik kepada si pemakainya.

Pencariannya, mengenai Islam bermula apabila beliau membaca banyak bahan-bahan bacaan berkaitan Islam dalam usaha untuk meyakinkan bekas suaminya, yang kini seorang Mualaf bahawa Islam adalah pilihan yang salah dan tidak benar.

Perkara sebaliknya berlaku apabila proses pencariannya berakhir dengan khabar gembira. Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah sebulan yang lalu.  
 

Satu kajian oleh pelbagai agama di Britain, mendapati bilangan mereka yang memeluk Islam di Britain telah bertambah sebanyak 100,000, dua kali ganda dalam tempoh sepuluh tahun.
 


Laporan itu juga mengatakan hampir dua pertiga daripada saudara baru adalah wanita, dengan purata usia 27 - seperti Puan Matthews.

3 comments:

  1. Hidayah ALLAH datang tanpa diduga..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Allah maha berkuasa mengurniakan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya petunjuk dan hidayah Allah dapat mengubah manusia dan kehidupannya..

    ReplyDelete

Designed By