Breaking News

Sunday, November 4, 2012

10 anggota bomba cedera, lima parah



Anggota bomba memadamkan kebakaran pada empat tangki yang mengandungi minyak silinder terpakai di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - utusan/Zuharman Mohamad Nor 

Seramai 10 anggota Bomba dan Penyelamat negeri cedera termasuk lima parah akibat disambar api ketika cuba memadamkan kebakaran empat buah tangki yang mengandungi minyak silinder terpakai di sebuah gudang bekas kilang tayar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di Kota Bharu pagi ini.

Ketika kebakaran kira-kira pukul 8.11 pagi itu, anggota bomba berkenaan sedang bertungkus-lumus memadamkan api bersama 29 anggota lain.

Keadaan bagaimanapun bertukar tragedi apabila minyak silinder daripada dua tangki berkenaan yang bocor disambar api dan meletup sehingga mencetuskan kebakaran besar sebelum menyambar anggota bomba terbabit.


1. "Rahsia" Blog
2. "Rahsia" KLIA 
3. "Rugi" Tak Cuba    
4. Hanya Untuk Wanita 
5. Tawaran Hebat 2013 
6. Siapa Cepat Dia Dapat 
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni       
8. Apa yang "Istimewa" di sini

4 comments:

Designed By