Bangkai tikus dalam bijirin sarapan


 Calm: Mr Hunter took the mouse out, dried it off and called Kellogg's - who are coming to collect it and work out where it came from


LONDON: Seorang lelaki yang kelaparan terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati.

Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersama susu. Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog’s.

“Saya sangat bimbang kerana saya sudah pun makan sesudu bijirin itu dan ingin menyuap makanan itu lagi.

 TIKUS yang ditemui Hunter dalam bijirin Rice Krispies.
 TIKUS yang ditemui Hunter dalam bijirin Rice Krispies.


“Namun, saya terlihat benda hitam dalam susu, tetapi tidak menyedarinya hingga saya mencedoknya dengan susu,” katanya.

Kellog’s mengakui mereka bimbang dengan apa yang berlaku dan akan pergi ke kediaman Hunter untuk mengambil tikus itu dan menyelidik dari mana ia datang.

Pakar daripada Universiti Liverpool percaya mereka dapat mencari puncanya. Ia bukan kali pertama tikus atau benda lain yang menjijikkan ditemui dalam makanan. - TS

Comments

  1. Bilabaca ni teringat cerita anak saudara. Kawannya ada beli lemang raya puasa tempoh hari. Bila bukak lemang tu nak, kat bawah sekali ada bangkai anak tikus...eeeeeee dengar criter pun geli...kalau jadi kat diri sendiri rasanya mmg takkan beli dah lemang.

    ReplyDelete
  2. aduhai gelinyer tekak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat