Serious Cantik: Kereta 'makhluk asing' jadi perhatian
LONDON 9 Nov. - Peminat kenderaan filem-filem sains fiksyen mungkin
tidak dapat 'menahan diri' daripada melahirkan rasa kagum apabila
melihat kereta dikenali sebagai 'kenderaan makhluk asing' (ETV) yang
direka seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).
Kereta bertemakan futuristik oleh pereka, Michael Vetter atau lebih
dikenali sebagai Kit Car Mike yang diubah suai daripada kereta Chevrolet
itu, kini dipamerkan di London Motor Museum, Middlesex.
Kereta bernilai 75,000 pound (RM367,500) itu mempunyai cermin depan
sepanjang 1.52 meter dan pintu berbentuk sayap yang boleh dibuka
menggunakan kawalan jauh, konsep kereta yang dipopularkan oleh De Lorean
melalui filem francais, Back To The Future.
Vetter berkata, beliau telah mereka khas 100 jenis kereta dan kereta
ETV itu merupakan yang terbaik daripada segi rupa dan boleh dipercayai.
Beliau memberitahu, sebanyak tujuh kereta tersebut telah direka dan hanya sebuah kini dipamerkan di muzium di London itu.
"Saya terkejut dengan maklum balas awal ketika mula-mula memandu
kereta ini kerana lebih ramai orang menunjukkan minat untuk mengambil
gambar berbanding apabila saya memandu kereta mewah,'' katanya. - AGENSI
fiksyen ni mengatasi realiti, macam-macam boleh jadi
ReplyDelete