Tidur ketika kawal pesawat



Satu kajian baru dijalankan di Austria, Sweden, Jerman dan Denmark mendapati seorang bagi setiap tiga juruterbang tertidur ketika sedang mengawal pesawat yang membawa beratus-ratus penumpang.

Penyelidikan itu mendapati empat daripada lima juruterbang berdepan masalah keletihan ketika berada dalam kokpit. 


 


Persatuan Kokpit Eropah (ECA), yang mewakili juruterbang, menerbitkan penemuan menakutkan selepas tinjauan dilakukan kesatuan nasional mendapati sebahagian besar juruterbang tertidur, malah tidak terjaga ketika mengawal pesawat.

Antara 43 dan 54 peratus juruterbang di United Kingdom, Norway dan Sweden berkata mereka tertidur “tanpa menyedarinya” dan satu pertiga daripada juruterbang mendapati rakan turut tertidur ketika mereka terjaga.

Lebih tiga daripada lima juruterbang di Sweden, Norway dan Denmark melaporkan membuat kesilapan akibat keletihan, sementara di Jerman, angka itu adalah empat daripada lima orang.

Agensi

Comments

  1. Spt mengantuk ketika mmandu bezanya pemandu boleh tdur tepi jln....pilot tdur kat mana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu teratai..kalau drive boleh singgah R&R ya.. kalau fly kena minum coffee banyak-banyak kot...or jalan-jalan kat dalam flight..he..he..

      Delete
  2. eee..ngeri pulak nak k/terbang kalo mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah akak...Alhamdulillah selamat so far...mintak di jauhkan Tuhan kan...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat