(7 gambar & Video) Tragedi Terowong Runtuh di Jepun

 Police officers and firefighters gather in front of the Sasago Tunnel on the Chuo Expressway in Otsuki

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila sebuah terowong di lebuh raya utama di tengah Jepun runtuh dan terbakar semalam. 

 Kenderaan polis diletakkan di pintu masuk terowong  yang runtuh dan mula mengeluarkan asap di tengah Jepun semalam.  

Cubaan menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di dalam terowong yang mula mengeluarkan asap selepas panel siling konkrit jatuh di atas jalan raya, dihentikan berikutan kebimbangan ia mungkin menyebabkan satu lagi runtuhan. 

 Smoke is seen from the Sasago Tunnel on the Chuo Expressway as Police officers gather in Koshu

 Lima mayat ditemui setakat ini, kata rangkaian televisyen Fuji dan Asahi.

  7 orang hilang

Terdahulu Jabatan Bomba berkata sekurang-kurangnya tujuh orang dikhuatiri hilang dalam runtuhan terowong sepanjang 4.7 kilometer di daerah Yamanashi, kira-kira 80 kilometer barat ibu kota ini di Lebuh Raya Chou, jalan utama menghubungkan ibu kota ini ke barat Jepun.

Asap tebal keluar

Japan tunnel

“Asap tebal keluar seolah-olah menutupi keseluruhan pergunungan,” kata saksi Kiyoko Toyomura kepada agensi berita Kyodo. 

Smoke is seen from the Sasago Tunnel on the Chuo Expressway in Koshu

Bomba berkata kebakaran dipadamkan kira-kira jam 11 pagi, hampir tiga jam selepas kemalangan berlaku.

Pengendali lebuh raya, Central Nippon Expressway, berkata satu bahagian sepanjang 50-60 meter panel siling jatuh ke jalan raya dan ia sedang meneliti punca kemalangan.

Police officers and firefighters gather at the exit of the Sasago Tunnel on the Chuo Expressway in Otsuki, Yamanashi Prefecture, central Japan, Sunday morning, Dec. 2, 2012. Police said that parts of

Pengguna jalan raya menceritakan mereka nyaris ditimpa runtuhan dan perjalanan panjang dalam kegelapan selepas meninggalkan kenderaan.

Raw: Drivers Missing, Dead in Tunnel Collapse

“Apabila saya memandu ke dalam terowong, kepingan konkrit jatuh tiba-tiba dari siling,” kata seorang lelaki berusia 30 an kepada penyiar awam NHK. - REUTERS


Source

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat