Seram: Bila Puntianak kampung Serbia Mengganas
- Get link
- Other Apps
Kincir air yang musnah dan dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak di Kampung Zarozje, Serbia.
Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia kini dalam ketakutan kerana dipercayai puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic, sedang berkeliaran di kampung mereka.
Kewujudan puntianak itu tersebar
selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh
beberapa bulan lalu. Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.
Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk
kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib
di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak tersebut.
Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.
Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.
Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.
Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.
- Get link
- Other Apps
takutlah baca ni
ReplyDeleteIngatkan kat malaysia aje ada pontianak..kat serb pun ada KA..
Delete