Cerita kiamat 21 December karut

David Morrison
David Morrison
 
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember ini berdasarkan perkiraan kalendar kaum Maya.

Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.


Menurut Nasa, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang mengenai perkara itu.


"Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri," kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik Nasa ke dalam Google, Rabu lalu.


Cerita kiamat kaum Maya karut: Nasa
Morrison menyangkal khabar angin yang disebarkan melalui terjemahan kalendar kaum Maya.


"Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama Nibiru yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.


"Jika Nibiru atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas," kata Morrison.


Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetik Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti. - MailOnline

Comments

  1. confirm laa mengarut sbb tanda2 besar spt yg dinyatakan nabi SAW belum terjadi lagi...spt imam mahdi..nabi isa..dajjal...da'abah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ayie...Yang pasti Kiamat akan berlaku..Hanya ALLAH yang mengetahui tanda-tanda kehadirannya. Al quran & Hadith sebagai rujukan..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat