Doa dan Hajat kepada ALLAH
UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat
difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik dengan bahasa
yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah memohon kebaikan dengan
restu daripada Allah. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak supaya sentiasa
berdoa dalam kehidupan dengan memohon ke arah kebaikan bukan keburukan.
Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai
masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan
masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak
seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang
ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat
atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.
Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang
dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang
paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan
menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan
penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.
Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin
Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah
senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu)
langit dan bumi".
tq 4 the sharing . doa adalah senjata bukan perkataan maki hamun yng selalu orang buat kalaw tak puas hati
ReplyDeleteYou are most welcome CP. and betul tu doa itu adalah percakapan kta dengan ALLAH. pastinya yang baik-baik aje yang kita mintakkan...and ALLAH memang rindu suara kita semua...and yang pasti tiada maki hamun..
Deletejadi kita kena amalkan doa sepanjang hari.. :)
ReplyDeleteRasanya tak perlu sepanjang hari Boni kacak..tapi bila ada kelapangan doa aje apa yang patut coz ALLAH mesti dengar...and kalau tak salah..zikir juga adalah sebahagaian dari doa..doa yang bak-baik untuk semua k..
Delete