Doa dan Hajat kepada ALLAH


Allah SWT sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. - Gambar hiasan


UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik dengan bahasa yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah memohon kebaikan dengan restu daripada Allah. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan dengan memohon ke arah kebaikan bukan keburukan.

Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.

Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.

Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".


Source

Comments

  1. tq 4 the sharing . doa adalah senjata bukan perkataan maki hamun yng selalu orang buat kalaw tak puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome CP. and betul tu doa itu adalah percakapan kta dengan ALLAH. pastinya yang baik-baik aje yang kita mintakkan...and ALLAH memang rindu suara kita semua...and yang pasti tiada maki hamun..

      Delete
  2. jadi kita kena amalkan doa sepanjang hari.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak perlu sepanjang hari Boni kacak..tapi bila ada kelapangan doa aje apa yang patut coz ALLAH mesti dengar...and kalau tak salah..zikir juga adalah sebahagaian dari doa..doa yang bak-baik untuk semua k..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat