Harimau Malaya simpan taring


RAJAGOBAL (dua dari kiri) memberikan arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


SELEPAS beberapa kali 'diserang' pengendali Thailand, Winfried Schafer, kini tiba giliran jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal melancarkan perang psikologi.

Semalam, Rajagobal dilihat kekal 'berteka-teki' apabila enggan mengesahkan kesebelasan utama Harimau Malaya yang akan menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Selain mengesahkan tidak dapat menggunakan khidmat Wan Zack Haikal Wan Nor dan Shakir Shaari yang dilanda musibah kecederaan, Rajagobal juga membayangkan bakal mengetepikan peledak berbisa, Safee Sali malam ini.

"Seperti semua sedia maklum, khidmat Wan Zack dan Shakir terpaksa dilupakan. Saya harap mereka berdua kembali pulih jika kami mara ke final.

"Pada masa sama, Safee (yang mengalami kecederaan hamstring) tetap tersenarai tetapi saya tidak tahu sama ada dia akan diturunkan atau tidak.

"Saya perlu merujuk kepada pegawai perubatan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan siapa yang akan diturunkan," kata Rajagobal pada sidang akhbar di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan semalam.

Sebelum ini, Schafer berulang kali menyatakan dia sudah memiliki formula bagi mengekang ancaman Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Rajagobal kekal optimis dengan kemampuan anak buahnya melakar keputusan positif malam ini biarpun Thailand dikatakan menjadi pasukan pilihan.

Ia bersandarkan kepada rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam kempen sebelum ini yang menyaksikan kali terakhir Harimau Malaya menewaskan Thailand ialah pada aksi kumpulan Piala Suzuki AFF edisi 2004.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam satu aksi persahabatan di Bangkok pada 7 November lalu juga tidak memihak anak-anak buah Rajagobal yang tewas 0-2 kepada skuad Gajah Putih itu.

Namun, Rajagobal memiliki jawapan berhubung perkara itu.

"Dua tahun lalu, mereka (Thailand) juga sukar tewaskan kami yang dibarisi pemain muda (apabila seri tanpa jaringan di peringkat kumpulan).

"Saya tidak boleh jawab sekarang (siapa pasukan pilihan), nantikan sahaja esok (malam ini), nanti tanya saya semula selepas perlawanan tamat.

"Apa yang pasti, saya tahu kekuatan Thailand. Jadi saya harap kami dapat melakar keputusan yang bagus di sini sebelum bertandang ke Bangkok.

"Kredibiliti pemain saya juga harus dipuji. Saya harap mereka dapat mempamerkan karakter sebenar seperti di peringkat kumpulan apabila mereka bangkit menyambar slot separuh akhir biarpun tumpas kepada Singapura dalam aksi pembuka tirai," katanya.



Source

Comments

  1. Go Malaysia!!!
    Go Harimau Malaya!!!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tq Lukman for the Support..macam Rajagopal pulak ya...anyway...All the best to Harimau Malaya. 2 vs 0

      Delete
  3. Replies
    1. Yea...Penyokong tegar Harimau Malaya...suspen jugak kan..almaklum ramai sangat yang tak Fit...harap-harap dia orang boleh menang...Good luck to them

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat