AWAS : Wang Palsu RM100 Semakin Berleluasa

RAHMAH menunjukkan perbandingan wang palsu RM100 (kanan) yang diterima daripada pelanggan dan wang RM100 tulen di Ledang, Johor semalam.


Beberapa peniaga kedai makanan di Kampung Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir dekat sini mendakwa menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu.

Salah seorang peniaga terlibat, Rahmah Khamis, 57, mendakwa ketika sibuk melayan pelanggan pukul 8.30 pagi, Rabu lalu, dia telah didatangi seorang wanita yang tidak dikenali membeli tiga bungkus nasi lemak dan lontong di kedainya.

Menurutnya, kesemua makanan tersebut berharga RM11 dan wanita terbabit menyerahkan wang kertas RM100 yang kelihatan baharu serta langsung tidak menampakkan ia wang palsu sebelum menyimpannya di dalam laci.


Comments

  1. Replies
    1. Ya..susah nak bezakan..camne tu...nampak gayanya ramai lagi lah yang akan kena tipu..

      Delete
  2. orng sanggup buat apa saja sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zu, Dia orang ni macam-macam dea nak kenakan orang..bayang kan kalau satu hari dia tipu 10 orang..dah dapat RM1000. Modal nasi lemak sebungkus..

      Delete
  3. Replies
    1. That's why dya..tak mungkin boleh cam rasanya..especially kalau dapat banyak sekali...nak cek pun mungkin tak tau macammana...

      Delete
  4. tq share. KA singgah baca dlm cuti2 mesia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye KA..lamanya cuti..selamat bercuti-cuti malaysia ya...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat