Awas: Kopi najis gajah di utara Thailand (6 gambar)


ISTERI seorang pengembala gajah mengambil biji kopi daripada najis haiwan itu.



BANGKOK - Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut. 

 Black Ivory coffee is now one of the world's most expensive varieties costing $1,100 (£685) per kilogram. Thai women collect the dung in Chiang Rai province, northern Thailand. before sifting through for beans


Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia. 

Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory.

 Elephants digest the are fed coffee cherries before they are collected in their dung. The animal's digestive process is said to give the beans their unique flavour
 

Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.

Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).

 Canadian Blake Dinkin, 41, spent $300,000 developing the production process. He said the first batch of the coffee has all been sold


"Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan kopi tersebut.

Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah.

A Thai mahout use picks coffee beans out of elephant dung as part of the process to make Black Ivory Coffee


Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi.

Menurutnya, gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.

"Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel. 

Black Ivory coffee is poured into a cup at a hotel restaurant in Chiang Rai province, northern Thailand

Sebelum ini, Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan 
menerusi najis musang.- Agensi

  

Comments

  1. Selepas kopi luwak (musang), kini kopi gajah pulak!

    Kembang tekak kakcik... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..kembang ya kak cik..nanti kalau nak minum kopi jaga-jaga tau..

      Delete
  2. pasni kena berhati-hati nak minum kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Black Ivory jgn minum tau..tapi kalau minum kat luar ..camne..kena tanya dulu tukang buat tu dia guna coffee apa...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat