Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis
TEL MOTZA, Israel - Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah
menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira
3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak
berkuasa antikuiti negara itu kelmarin.
Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan lebuh raya baharu di lokasi terbabit.
"Struktur bangunan keagamaan yang ditemui amat luar biasa dan menarik," kata pengarah penggalian dalam satu kenyataan.
Salah seorang pengarah penggalian, Anna Eirikh memberitahu agensi
berita AFP, penemuan tersebut membuktikan terdapat amalan keagamaan
ketika zaman empayar Judah.
"Apa yang pasti semua patung kecil yang ditemui digunakan untuk tujuan keagamaan," katanya.
Penemuan bertarikh 9 hingga 10 sebelum Masihi itu membuktikan terdapat kuil pertama dibina di kawasan Baitulmuqaddis. - AFP.
Omputeh ni suka betul benda-benda sejarah nikan....
ReplyDeleteBetul tu OKje..dia orang ni memang appreciate benda-benda macam ni and lagi lama lagi dia orang suka..tapi kita pun dapat menumpang sama..
Delete