Kenapa Perlu Sarapan
Sarapan penting sebagai permulaan mencergaskan aktiviti harian sebaik
saja bangun daripada tidur. Seandainya tidak sempat menyediakan sarapan,
anda boleh makan biskut atau sekadar minuman bijirin penuh sebelum
keluar bekerja.
Rasa lesu dan lemah kembali bertenaga sebaik saja bersarapan. Bijian penuh umpamanya, lengkap dengan pelbagai vitamin yang mampu menjadikan tubuh sihat. Antara kebaikan bijian penuh ini ia mengandungi sumber vitamin B, vitamin E, garam mineral, magnesium, zink dan selenium, selain serat dan fitokimia.
Panduan Diet Malaysia menyarankan pengambilan sebanyak empat hingga
lapan hidangan bijian penuh setiap hari. Antara bijian penuh yang boleh
diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang mencakupi beras
perang, oat dan bijirin sarapan.
Untuk pilihan lebih sihat, ambil minuman yang diperkaya dengan khasiat ginseng Amerika. Herba ini digunakan lebih 5,000 tahun dalam perubatan tradisional Asia dan boleh membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan, memberi zat kepada tubuh, memperbaiki peredaran darah serta menambah tenaga.
Amalan terbaik ialah mulakan hari dengan mengambil segelas air suam dengan perahan jus lemon.
Jadikannya rutin dan ia akan membantu membersihkan tubuh di samping menyah toksin sel hati. Senaman juga membawa manfaat kepada tubuh, memperbaiki tindak balas dopamin dan seratonin dalam otak dan seterusnya mempengaruhi mood dan daya pemikiran kita.
Senaman juga menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang baru. Anda tidak perlu mengamalkan aktiviti senaman keterlaluan, senaman secara sederhana turut mempunyai kesan yang baik kepada tubuh badan kita. Oleh itu, sekiranya anda berasa tertekan, senaman dengan menuruni mata anak tangga, pasti wujud kelainan.
Mencapai keseimbangan untuk permulaan hari bukanlah sesuatu yang susah. Yang penting hanya perlu memahami apa yang tubuh perlukan untuk mencapai tahap aktiviti optimum.
CP sarapan tapi kalaw takat cereal ngn roti , memg tak jalan , nak yang berat2 je
ReplyDeleteKesian dia..don't worry CP..makan aje...
ReplyDelete