Muzium Coklat Pertama Di Asia di buka Kepada Orang Ramai

 

Muzium Coklat pertama di Asia Tenggara kini dibuka di Kota Damansara oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd.

Muzium itu dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu, kata penolong pengurus besar syarikat itu, Mohd Khairudin Abdul Jalil.

Beliau berkata muzium itu yang dibuka sejak tiga minggu lepas, bukan sahaja mendidik orang ramai mengenai asal-usul coklat tetapi juga manfaat coklat untukkesihatan.

Demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan oleh pembuat coklat syarikat itu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

 

Mohd Khairudin berkata pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan coklat daripada pelbagai jenama termasuk coklat keluaran syarikat tersebut antaranya Fidani dan Danson dengan harga yang lebih murah.

"Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh membuat tempahan terus kerana kami menyediakan perkhidmatan membuat coklat untuk majlis perkahwinan,harijadi dan majlis korporat," katanya.

Beliau berkata pihaknya optimis muzium itu dapat menambah produk pelancongan negara serta setanding dengan muzium coklat di luar negara. BERNAMA

Source

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat