Breaking News

Friday, December 21, 2012

Rentung Dibakar: Mayat kanak-kanak perempuan ditemui



JOHOR BAHRU – Polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dengan kesan terbakar hampir 80 peratus pada badannya di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt Abdul Samad Salleh berkata, mayat kanak-kanak yang dianggar berusia setahun itu ditemui pada pukul 4.30 petang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mayat itu dibungkus dalam beg plastik sebelum dibakar, katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal juga mendapati ada kesan lebam pada dahi mangsa.

Polis juga menemui tong berisi minyak petrol dipercayai diguna untuk membakar mayat kanak-kanak malang itu, katanya, dengan menambah kawasan kejadian merupakan jalan mati dan jauh daripada pandangan orang awam. – BERNAMA


Orang Islam Jauh Ketinggalan & Tak Tau Apa-Apa?
Harga Minyak Akan Naik Mendadak Tahun 2013?
Bestnya Tempat ni..Rugi Siapa Tak Pergi!!!


Source

1 comment:

  1. kesian kan..kecik2 dah dibunuh..sangatlah kejam..

    *done click2 semua yang ada.. :)

    ReplyDelete

Designed By