Breaking News

Sunday, December 9, 2012

Seri Dengan Thailand, Malaysia hadapi Misi Sukar


Farizal (kiri) tenang menyelamatkan percubaan daripada penyerang Thailand pada separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


PENTAS final kempen Piala Suzuki AFF 2012 sepatutnya sudah lama dijejaki Harimau Malaya.

Namun, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal sebaliknya memilih jalan sukar apabila sekadar seri 1-1 dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Biarpun berjaya mendahului menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48, kealpaan benteng per tahanan negara akhirnya dihukum Teerasil Dangda yang bijak menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-79.

 Harimau Malaya

Dengan keputusan itu, hasrat Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan juga dilihat semakin samar lantaran peraturan gol di tempat lawan kini memihak kepada Thai land menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok Khamis ini.

Apa sudah jadi Harimau Malaya? Tampil dengan aksi kurang bermaya seolah-olah sudah memenangi perlawanan pada pertengahan babak kedua sememangnya sukar di terima akal.

Percaturan Rajagobal yang bertindak menukar formasi asal daripada 4-5-1 kepada 4-4-2 dengan memasukkan Mohd. Safee Sali dan S. Kunanlan pada minit ke-74 biarpun Thailand sedang ghairah menyerang, juga mengundang persoalan ramai pihak kerana ia jelas menjerat diri sendiri.


Benar, Harimau Malaya masih ada 90 minit lagi untuk diharungi di Bangkok nanti. Namun, sudah tentu ia jauh lebih mudah seandainya Harimau Malaya tidak kehilangan fokus sehingga akhirnya dihukum Thailand malam tadi. 

Terdahulu, karakter selaku juara bertahan kembali di pamerkan pemain skuad negara sepanjang babak pertama apabila tenang menyerap asakan jentera serangan Thailand, sesuatu yang cukup berbeza berbanding semasa meng harungi saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Cuma pada masa sama, beberapa pemain negara dilihat sedikit leka setiap kali Gajah Putih mendapat sepakan percuma, dan ia nyaris dihukum lawan apabila percubaan jarak jauh Adul Lahsoh pada minit ke-11 berjaya ditepis penjaga gol negara, Farizal Marlias.

 Harimau Malaya

Peluang terbaik tuan rumah yang kembali mengatur gerakan bagi memecah kebuntuan hadir pada minit ke-19 namun Azamuddin Akil gagal menyambut kemas hantaran jauh Bunyamin biarpun penjaga gol Thailand, Kawin Tham satchanan telah pun tertewas.

Sorakan lebih 85,000 penyokong tuan rumah akhirnya bergemuruh tiga minit selepas babak kedua bersambung apabila Norshahrul tenang menanduk masuk hantaran can tik Mahalli Jasuli yang melepasi jangkauan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Di sinilah 'malapetaka' Malaysia bermula. Pemain Ha rimau Malaya mula mengendurkan asakan sebaik memecah kebuntuan sehingga menyebabkan anak-anak buah Winfried Schafer kembali menguasai perlawanan.

Hasilnya, Teerasil yang tidak dikawal ketat berjaya me lakukan tandukan kencang, melepasi jangkauan Farizal yang sedikit terkeluar daripada posisi pada minit ke-79 sekali gus melenyapkan sorakan penyokong negara.

‘Sudah terhantuk baru terngadah’. Harimau Malaya yang kembali bangkit melancarkan asakan selepas itu teruta manya percubaan Safee dan Gary Steven Robbat juga dilihat sudah terlewat untuk sekurang-kurangnya memburu be kalan selesa sebelum bertandang ke Bangkok nanti.


Source

4 comments:

Designed By