Seri Dengan Thailand, Malaysia hadapi Misi Sukar
Farizal (kiri) tenang menyelamatkan
percubaan daripada penyerang Thailand pada separuh akhir pertama kempen
Piala Suzuki AFF 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
|
PENTAS final kempen Piala Suzuki AFF 2012 sepatutnya sudah lama dijejaki Harimau Malaya.
Namun, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal sebaliknya memilih jalan
sukar apabila sekadar seri 1-1 dengan Thailand pada aksi separuh akhir
pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Biarpun berjaya mendahului menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha
pada minit ke-48, kealpaan benteng per tahanan negara akhirnya dihukum
Teerasil Dangda yang bijak menanduk masuk gol penyamaan pada minit
ke-79.
Dengan keputusan itu, hasrat Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan
juga dilihat semakin samar lantaran peraturan gol di tempat lawan kini
memihak kepada Thai land menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium
Supachalasai, Bangkok Khamis ini.
Apa sudah jadi Harimau Malaya? Tampil dengan aksi kurang bermaya
seolah-olah sudah memenangi perlawanan pada pertengahan babak kedua
sememangnya sukar di terima akal.
Percaturan Rajagobal yang bertindak menukar formasi asal daripada
4-5-1 kepada 4-4-2 dengan memasukkan Mohd. Safee Sali dan S. Kunanlan
pada minit ke-74 biarpun Thailand sedang ghairah menyerang, juga
mengundang persoalan ramai pihak kerana ia jelas menjerat diri sendiri.
Benar, Harimau Malaya masih ada 90 minit lagi untuk diharungi di Bangkok nanti. Namun, sudah tentu ia jauh lebih mudah seandainya Harimau Malaya
tidak kehilangan fokus sehingga akhirnya dihukum Thailand malam tadi.
Terdahulu, karakter selaku juara bertahan kembali di pamerkan pemain
skuad negara sepanjang babak pertama apabila tenang menyerap asakan
jentera serangan Thailand, sesuatu yang cukup berbeza berbanding semasa
meng harungi saingan peringkat kumpulan sebelum ini.
Cuma pada masa sama, beberapa pemain negara dilihat sedikit leka
setiap kali Gajah Putih mendapat sepakan percuma, dan ia nyaris dihukum
lawan apabila percubaan jarak jauh Adul Lahsoh pada minit ke-11
berjaya ditepis penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Peluang terbaik tuan rumah yang kembali mengatur gerakan bagi
memecah kebuntuan hadir pada minit ke-19 namun Azamuddin Akil gagal
menyambut kemas hantaran jauh Bunyamin biarpun penjaga gol Thailand,
Kawin Tham satchanan telah pun tertewas.
Sorakan lebih 85,000 penyokong tuan rumah akhirnya bergemuruh tiga
minit selepas babak kedua bersambung apabila Norshahrul tenang menanduk
masuk hantaran can tik Mahalli Jasuli yang melepasi jangkauan penjaga
gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.
Di sinilah 'malapetaka' Malaysia bermula. Pemain Ha rimau Malaya mula
mengendurkan asakan sebaik memecah kebuntuan sehingga menyebabkan
anak-anak buah Winfried Schafer kembali menguasai perlawanan.
Hasilnya, Teerasil yang tidak dikawal ketat berjaya me lakukan
tandukan kencang, melepasi jangkauan Farizal yang sedikit terkeluar
daripada posisi pada minit ke-79 sekali gus melenyapkan sorakan
penyokong negara.
‘Sudah terhantuk baru terngadah’. Harimau Malaya yang kembali
bangkit melancarkan asakan selepas itu teruta manya percubaan Safee dan
Gary Steven Robbat juga dilihat sudah terlewat untuk sekurang-kurangnya
memburu be kalan selesa sebelum bertandang ke Bangkok nanti.
kacut jantung dibuatnya tengok bola semalam :D
ReplyDeleteTerbaru:
Terlalu mudah | Buat sebelum tidur !
Hye Ash.jantung dah ok ke sekarang ..he..he..tunggu second game pulak ya...
Deletealfursanalmutahida Furniture Moving Company
ReplyDeleteIf you are looking for a furniture moving company in Dammam and Khobar for your private home with high quality, prices that are not high, excellent packaging, guaranteed access to a compass, a distinguished team, and guaranteed work to move wood, electrical appliances, glass, especially glass, then he has very special care and has a lot of tools that are highly packaged so as not to cause him to break a company Furniture Moving Forsan United Furniture Moving in Dammam and Khobar provides you with all these possibilities and the highest service and deservedly just contact us and trust that we are more keen on the safety of your furniture than you
شركة نقل الاثاث بالدمام
شركة نقل الاثاث بالخبر
شركة الفرسان المتحدة لنقل الاثاث