Tumbuk mata buaya untuk selamatkan diri


INILAH lokasi jeti (dalam bulatan) Alimina diserang seekor buaya di Sungai Sibuti, Miri kelmarin.


MIRI - Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua meter.

Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya.

"Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti.

"Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam.

Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai tersebut.


Orang Islam Jauh Ketinggalan & Tak Tau Apa-Apa?
Harga Minyak Akan Naik Mendadak Tahun 2013?
Bestnya Tempat ni..Rugi Siapa Tak Pergi!!!
Kenapa 80% Rakyat Malaysia Suka Bergossip?
 

Source

Comments

  1. Berani betul tumbuk mata buaya.Memanglah kan,kalau dah dalam kecemasan,semua boleh jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kelana..kalau dah terdesak, sure berani punya..tindakan bawah sedar..

      Delete
  2. satu-satu tempat buaya dapat merasa kesakitannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak Belogisam..atau dia nervous coz dah tak nampak...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat