Posts

Showing posts from August, 2012

Jantung Di luar Badan

Image
Tiada siapa menyangka wajah comel yang berusia 3 tahun ini di lahirkan dengan bermacam-macam komplikasi    Ryan Marquiss dilahirkan pada tahun 2009, dengan kecacatan jantung yang jarang ditemui di dunia. Jantung Ryan berada di luar tubuhnya semasa dilahirkan. Bukan itu sahaja, Ryan juga hanya mempunyai separuh hati yang turut berada di luar, dan hanya dilindungi oleh sekeping tisu nipis lembut. Kuasa Allah tiada yang dapat menghalang, kerana dalam sejarah perubatan, semua kanak-kanak lain yang dilahirkan dengan kecacatan ini meninggal dunia dalam tempoh 3 hari lahir. Tidak bagi Ryan.    Yang pasti Ryan sememangnya bayi yang ajaib kerana bukan sahaja masih hidup, tetapi Ryan Marquiss juga tidak mengalami sebarang jangkitan, even selepas menjalani berpuluh-puluh operasi. Biar pun Ryan terpaksa menjalani beberapa pembedahan lagi untuk memastikan jantung dan dadanya benar-benar dilindungi, dia seperti kanak-kanak yang lain enjoy dengan kehidupannya.    Source:

Misteri Bendera Malaysia

Image
SEKUMPULAN anggota polis memeriksa kawasan sekeliling sebuah hentian bas yang dipasang dengan bendera Malaysia di wilayah Narathiwat, semalam. - AFP PATTANI, Thailand - Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.  Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.  Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.  Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan s

‘Jual’ anak untuk rokok

Image
BATU PAHAT: Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran. Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok. Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya. Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.

Harga makanan dunia naik 10 peratus

Image
Wartawan Sinar Harian 31 Ogos 2012     Harga makanan gandum dan jagung mengalami kenaikan manakala beras pula menurun. – Foto ihsan WASHINGTON - Harga makanan dunia mengalami peningkatan 10 peratus bulan lalu, antara lain disebabkan oleh musim kemarau di Amerika Syarikat dan Eropah barat, demikian menurut Bank Dunia. Sehubungan itu Bank Dunia menggesa kerajaan di seluruh dunia meningkatkan program bagi melindungi kebajikan rakyat masing-masing. Dari Jun hingga Julai tahun ini, harga gandum dan jagung mengalami kenaikan 25 peratus, kacang soya 17 peratus dan hanya harga beras menurun empat peratus, kata Bank Dunia semalam. Indeks Harga Makanan dikeluarkan Bank Dunia menunjukkan bahawa secara keseluruhan mengalami peningkatan enam peratus berbanding Ju

Benarkah Kucing-kucing ini Utusan Iblis?

Image
Pada tahun 2004, penduduk sekitar Kursk, Rusia gempar dengan kehadiran seekor kucing bersayap yang kemudiannya di bunuh oleh penduduk di situ kerana di anggap utusan iblis. Pada tahun 1988, seekor kucing hitam mempunyai sayap di temui di Middlesex, London , Britain. Haiwan itu mempunyai sayap sepanjang 10 sentimeter.  Sehingga kini terdapat 138 kes kucing yang mempunyai bentuk badan unik yang dilapurkan tetapi hanya 28 kes yang di rekodkan. Sebahagian rekod-rekod itu adalah seperti di bawah.   Pada tahun 2007, seorang nenek bernama Fang (gambar di bawah) di Xianyang, China pelik kerana seekor kucing jantan nya yang dilahirkan normal telah di tumbuhi bulu-bulu yang membentuk sayap. Menurut Fang, pada awalnya tebentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan.Walaubagaimanapun menurutnya sayap-sayap tersebut tidak mengganggu kehidupan anak kucing itu. Sehingga kini, tiada alasan jelas mengenai fenomena di atas. Wala

Selamat Hari Kemerdekaan yg ke-55 Malaysia !!!!

Image
  We are Malaysian and We are good people!!!!  Congratulation Malaysian!!!!  Sambutan Merdeka Di Kuala Lumpur Ahmanizah Muhammad (belakang, tengah) dari Serdang, bersama anak-anaknya memakai pakaian Jalur Gemilang ketika sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Merdeka, hari ini. - Foto Bernama

Hajar Aswad Naik Ke Langit

Image
Hajar Aswad sudah lama telah diturunkan dari syurga iaitu sebelum zaman Nabi Ibrahim lagi. Ketika terjadinya peristiwa bumi di tenggelami banjir besar pada zaman Nabi Noh, hajar asawad telah di angkat semula ke langit. Setelah itu barulah Jibril membawanya turun ke bumi semula, ketika Nabi Ibrahim hendak membina kaabah. Pada hari kiamat nanti, hajar aswad akan datang dalam keadaan lebih besar daripada Gunung Abi Qubais. Memiliki sepasang mata, satu mulut dan dua ulas bibir untuk menjadi saksi bagi orang-orang yang pernah mengunjunginya. Source: Membongkar Rahsia Hajar Aswad

Rahsia Kota Mekah

Image
Kota Mekah adalah kota suci yang banyak menyimpan rahsia tersendiri. Bagi mereka yang pernah menjejaki kaki ke sini pastinya dapat merasai keberkatan tanah suci dan pastinya ingin kembali kesana. Tulisan ini sekadar berkongsi cerita kota Mekah yang tidak pernah jemu untuk di baca.     Kaabah di Kota Mekah pada tahun 1880. Pada tahun 6 Hijrah, umat Islam yang berhijrah ke Madinah begitu merindui untuk kembali beribadat di situ. Nama: Kota Mekah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya Kota Mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya. Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kepada Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurang dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.  Seperkara lagi nama kota ini dirakamkan dalam nas al-Qu

Lagu Pertama Dari Planet Marikh

Image
Will.I.Am menyanyikan lagu Reach for the Stars di Makmal Propulsi Jet milik NASA di Pasadena, California di hadapan sekumpulan pelajar. LOS ANGELES - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin menghantar lagu pertama untuk disiarkan dari planet Marikh sebagai sebahagian daripada usaha memberi inspirasi kepada golongan muda supaya berminat terhadap sains.  Lagu bertajuk Reach for the Stars nyanyian Will.i.am daripada kumpulan terkenal Black Eyed Peas itu dihantar semula oleh robot Curiosity yang kini sedang mendarat di planet merah tersebut sejak awal bulan lalu ke Makmal Propulsi Jet milik NASA di Pasadena, California.  "Rasanya seperti bermimpi," kata Will.i.am ketika menerangkan bagaimana pentadbir NASA, Charles Bolden menghubunginya untuk menyatakan cadangan menyiarkan lagu dari planet Marikh ke Bumi.  Lagu yang mengandungi lirik I know that Mars might be far, but baby it ain't really that far itu menggunakan

Rahsia no 13 dan kaitannya dengan Yahudi

Image
Angka 13 adalah dianggap angka "sial" bagi kebanyakan bangsa tetapi angka inilah yang paling bagus bagi Yahudi. Sebagai contoh, bangunan-bangunan tinggi di China dan Malaysia, tidak ada tingkat 13 kerana menurut kepercayaan mereka angka 13 tidak membawa tuah. Kalau di perhatikan no-no didalam lift bangunan tinggi di dunia, biasanya selepas nombor 12, lansung ke tingkat 14 atau 12A. Fanomena ini terdapat di banyak negara dunia termasuk Malaysia. Bagi puak Yahudi, nombor 13 mempunyai keistimewaannya tersendiri dan merupakan salah satu angka suci yang mengandungi daya magik, keagamaan bersama-sama nombor 11 dan 666. Sebab itu, dalam pelbagai simbol berkaitan kabbalisme, nombor 13 sentiasa hadir. Kalau diperhatikan The Seal of United State of America terdiri dari dua sisi (Burung Elang dan Piramida Illuminati) dengan angka 13. 1. 13 bintang di atas kepala burung helang membentuk Bintang David. 2. 13 garis perisai atau tameng burung 3. 13 daun zaitun di ka

Oprah Winfrey selebriti termahal (The most expensive celebrity)

Image
Oprah Winfrey LOS ANGELES 28 Ogos - Walaupun rangkaian televisyen baru miliknya berdepan kesukaran, namun pengacara popular, Oprah Winfrey masih kekal sebagai selebriti yang mendapat bayaran paling mahal, masuk tahun keempat berturut-turut. Menurut laman web kewangan Forbes.com semalam, walaupun Winfrey gagal mencatat kejayaan bersama rakan kongsinya, Discovery Communications mengendalikan rangkaian televisyen OWN , tetapi ia tidak menghalang Winfrey untuk memperoleh pendapatan sebanyak AS$165 juta (RM512 juta) bagi tempoh setahun sejak Mei tahun lalu. Bayaran tersebut dijana daripada program televisyen yang dikendalikannya seperti Dr. Phil , Rachael Ray dan The Dr. Oz Show . Berada rapat di belakangnya ialah pengarah filem, Michael Bay melalui Transformers: Dark of the Moon yang disiarkan pada tahun lalu yang membantunya memperolehi pendapatan sebanyak AS$160 juta (RMRM496 juta) berdasarkan jualan tiket dan barangan permainan serta hasil-hasil lain

Kelebihan solat lima waktu terutama Subuh

Image
  Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan - perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim) Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari. Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan. Dikhususkan (diten

Human voice makes giant leap in space thanks to Curiosity

Image
    An image released Monday, August 27, was taken with Curiosity rover's 100-millimeter mast camera, NASA says. The image shows Mount Sharp on the Martian surface. NASA says the rover will go to this area. Curiosity arrived on Mars early on August 6 and began beaming back images from the surface. See all the images here as they are released. Check out images from previous Mars missions.   The Mars rover Curiosity moved about 15 feet forward and then reversed about 8 feet during its first test drive on Wednesday, August 22. The rover's tracks can be seen in the right portion of this panorama taken by the rover's navigation camera.   NASA tested the steering on its Mars rover Curiosity on Tuesday, August 21. Drivers wiggled the wheels in place at the landing site on Mars. (CNN) -- The voice of NASA's chief has boldly gone where no voice has gone before -- to another planet and back. Words uttered by Charles Bolden, the administr

Taufan terkuat Melanda Jepun

Image
28 Ogos 2012  Taufan Boaven melanda Okinawa dan memusnahkan kemudahan awam.   Penduduk Okinawadi berpindah sebelum menghadapi taufan. TOKYO - Jepun meminta 75,000 keluarga terus berkurung di rumah berikutan kehadiran taufan Bolaven, terkuat dalam tempoh beberapa tahun yang bakal melanda Okinawadi, selatan Jepun. Pegawai Metodologi Jepun berkata, angin kuat itu boleh menterbalikkan kereta serta menyebabkan ombak setinggi lebih 12 meter. “Bolaven yang berpusat kira-kira 150 kilometer ke tenggara Okinawa dijangka melepasi pulau itu sekali gus membawa hujan sehingga 500 milimeter dalam tempoh lebih 24 jam,” katanya. Menurutnya, kelajuan angin hampir kepada taufan iaitu 180 kilometer sejam dengan angin kencang mencecah sehingga 252 kilometer sejam. Sementara itu, agensi berita tempatan melaporkan, angin kencang turut menumbangkan

Villa atas shopping komplek

Image
Bagi sebuah bandar yang padat dengan penduduk , tanah boleh menjadi satu isu yang amat besar . Akibat kesesakan melampau, penduduk di bandar Zhuzhou China, telah membut keputusan untuk membina rumah mereka di atas Shopping Mall.  Creative dia orang ni.. What an idea..Maybe one day kat malaysia pun boleh jadi macam ni, especially kat KL..

Di penggal kerana hadir majlis tarian

Image
  GAMBAR atas, Tentera Afghanistan berdiri di bumbung pusat pemeriksaan Kajaki, wilayah Helmand tempat 17 dipenggal. Gambar bawah, Pasukan keselamatan Afghanistan meronda di Karizona lokasi dua askar NATO ditembak mati. - Foto AFP Taliban larang orang awam sertai keraian diiringi muzik Kajaki: Kumpulan pemisah memenggal 17 orang awam, dua daripadanya wanita dipercayai kerana mereka menghadiri majlis tarian di kawasan yang dikuasai Taliban di daerah Kajaki selatan Afghanistan semalam, kata pegawai.  Jurucakap Gabenor Helmand, Daud Ahmadi mengesahkan, pejuang Taliban bertanggungjawab memenggal 15 lelaki dan dua wanita. Tiga orang dipenggal ketika Ramadan. Seorang lagi, anak lelaki ketua puak, dipenggal baru-baru ini” - Nematullah Khan, Ketua Musa Qala “Saya boleh mengesahkan ini adalah perbuatan Taliban. Mereka dipenggal kerana menghadiri majlis tari-menari yang diiringi muzik. Semua mangsa dipe

Zam Zam Pulang Ke Syurga

Image
Apabila dunia sudah kiamat nanti, air zam - zam tetap tidak kering kerana ia akan di pindahkan ke dalam syurga dan di muliakan. Saidina Ali r.s berkata bahawa Allah akan memindahkan air zam - zam di bumi ini dan di tempatkan di antara syurga dan neraka. Apabila manusia menyeberangi titian sirat, mereka menghampiri zam-zam lalu meminumnya. Peluh yang mereka keluarkan lebih wangi dan bau kasturi. Di dalam dada mereka tidak ada kegelisahan lagi, rasa khianat dan benci. Semuanya telah hilang bersama kekotoran badan. Selepas itu barulah mereka masuk Syurga.

Jurutera bina robot kumbang

Image
HIDUNG robot RX-03 boleh mengeluarkan asap . TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Hitoshi Takahashi membina sebuah robot berbentuk seperti seekor kumbang gergasi dinamakan Kabutom RX-03. Robot sepanjang 11 meter dengan berat 17 tan itu diperkenalkan kepada orang ramai dalam satu demonstrasi di sini semalam. RX-03 boleh bergerak dengan menggunakan enam kakinya. Dijana enjin diesel berkuasa tinggi, robot berkenaan turut mengeluarkan asap daripada hidungnya. - AFP

10 kaedah perubatan yang mengerikan

Image
10 kaedah perubatan yang mengerikan   Sains perubatan kadangkala sukar untuk di percayai..Kaedah penyembuhannya mungkin di anggap pelik dan ngeri tetapi berkesan untuk sesetengah penyakit...jom kita tengok beberapa kaedah yang telah digunakan sejak zaman purba kala. Ianya agak mengerikan dan mungkin ramai yang tak tahu ....   10. Hirudotherapy Ini adalah salah satu rawatan yang digunakan sejak zaman purba. Ianya melibatkan penggunaan lintah untuk menyembuhkan luka dan bengkak.  Ianya sangat popular pada tahun 1990-an dan digunakan secara meluas  di pelbagai negara.   9. Malaria Drug Therapy Walaupun namanya di kaitkan dengan malaria, tetapi terapi ini tidak digunakan untuk membasmi penyakit malaria. Ianya telah digunakan untuk merawat penyakit yang dikenali sebagai Sifilis. Pada asalnya  tidak ada cara untuk mengubati seseorang yang telah dijangkiti dengan penyakit ini sehingga Wagner-Jauregg menemui  idea untuk cuba untuk merawat pesakit dengan darah ya