AWAS: Lagi Kes Wang Kertas Palsu RM100

Polis hari ini meminta orang ramai di bandar raya Miri berhati-hati agar tidak menjadi mangsa pengedaran wang kertas palsu RM100 berikutan tiga laporan yang dibuat mengenainya, termasuk oleh sebuah bank.

Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong berkata dua laporan lagi dibuat dua individu yang menyedari kewujudan wang kertas palsu itu apabila mereka mendapati kertasnya tidak berkualiti dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.




"Siasatan awal kami mendapati ketiga-tiga wang kertas palsu ini menggunakan nombor siri sama, AA7825588," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila diberi wang kertas RM100 baharu.

"Mereka boleh memeriksa kualiti kertasnya melalui sentuhan kerana wang kertas baharu tidak akan mudah berkedut berbanding wang palsu yang menggunakan kertas tidak berkualiti. Sekiranya tidak pasti, rujuklah kepada pejabat Bank Negara terdekat," katanya.


 


Comments

  1. Nasib baik jauh at Miri sinun kan Raudzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu OKje..tapikan last time ada dua kes kat JB dengan trengganu..semua duit RM100. Macam ada sindikit aje..bahaya ni kalau kena..tak pasal-pasal rugi besar

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat