Kejam: Nulfera Dibunuh & Mayat Di Buang Dalam Tong Dram


NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.


SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.
 

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.


Comments

  1. Kesian kan Ilya..siapalah punya kerja ni..wajib di bunuh

    ReplyDelete
  2. kejamnya betul..siapakah punya angkara

    ReplyDelete
  3. Memang sangat-sangat kejam mama rey..banyakkan kisah-kisah macam ni..rasanya even si penjahat dah di hukum..ianya tak berbaloi...

    ReplyDelete
  4. tak taulah mcmne tergamak dilakukan keatas sorang ank manusia begitu, kdgkala binatang pun tau sayang anaknyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak nora..inilah manusia yang tak serupa manusia..akal ada tapi tak guna untuk kebaikan..apalah dosa budak tu kat mereka..hmmm

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat