Skip to main content

Pengunjung zoo kena tutup aurat


Dubai: Wanita yang melawat zoo di bandar raya ini diminta memakai pakaian sopan, menutup aurat dan jika perlu disediakan skaf untuk melindungi bahu mereka.

Papan tanda di pintu masuk memberitahu pelawat apa yang boleh diterima dan tidak dengan lutut dan bahu perlu ditutup.


Jika pelawat tidak memakai pakaian sopan, skaf disediakan oleh pihak pengurusan zoo untuk menutup bahu. Namun jika kod berpakaian itu tidak diendahkan, pelawat tidak akan dibenarkan memasuki zoo.

Pengarah Jabatan Taman Awam dan Hortikultur, Ahmad Abdul Karim, berkata tindakan itu dibuat sebagai penegasan semula peraturan sedia ada daripada peraturan baru dilaksanakan.

Kami sedar ramai pengunjung zoo datang terus dari pantai dan memasuki zoo dengan pakaian mandi. Ini tidak adil. Ramai kanak-kanak melawat zoo dan paling utama, ini negara Islam. Orang ramai perlu memakai pakaian sopan ke zoo, katanya.

Ahmad berkata, kod berpakaian memerlukan orang ramai memakai pakaian sopan di tempat awam di Dubai, dan Zoo Dubai salah satu daripadanya.

Namun kami menerima banyak aduan daripada pelawat mengenai pakaian sebahagian pengunjung lain dan kami mahu mengelakkan rungutan itu dengan cara lebih baik, dengan meminta orang ramai memakai pakaian sopan, katanya. 

Kod berpakaian juga dikenakan di taman di pantai, bangunan dan pusat beli-belah dan peraturan berkenaan menjadi subjek perbahasan kerana ia tidak selalunya diikuti pelawat.
Agensi 




Comments

  1. sepatutnya negara islam mmg kn buat mcm ni pun...ia dpt mgelakkn pndagan2 yg bole mmbwa kpd dosa

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ena..apa yang di tetapkan ALLAh itu adalah yang sebaiknya..

    ReplyDelete
  3. Peraturan perlu ada penguatkuasaan...kalau tak sia2 jer. Di Malaysia pun patut di kuatkuasakan terutama di majlis2 berkaitan hiburan. Lagi teruk bila orang islam sendiri yg terdedah dan di tonton pula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju BM..selalunya when it comes to implementation..banyak yang fail..so tak guna kalau ada undang-undang tapi tak ikut kan!!!

      Delete
  4. Respect dengan pemerintah macam ni...negara kita bila agaknya ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Okje..At least they have done their part!!!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat