Sotong gergasi hidup muncul di Jepun


Sotong gergasi
Saintis mendakwa gambar ini berjaya dirakamkan pada Julai lalu di perairan Jepun.


TOKYO - Saintis Jepun mengumumkan kejayaan mereka merakamkan imej sotong gergasi hidup pertama yang diperoleh dari kawasan berhampiran Pulau Ogasawara terletak 1,000 kilometer dari selatan Tokyo pada Julai lalu.

Gambar hidupan akuatik dalam spesies sefalopod sepanjang 18 meter itu diambil pada jarak satu kilometer dari permukaan dasar laut dalam.


Ahli zoologi di Muzium Sains dan Alam Jepun, Tsunemi Kubodera berkata, ramai orang cuba untuk menangkap gambar sotong gergasi hidup di kawasan habitat mereka sebelum ini tetapi gagal.


"Walaupun saiznya bukan mengikut standard sotong gergasi 'Kraken' seperti yang dinyatakan dalam mitos terkenal, ia adalah yang terbesar pernah ditangkap oleh manusia," katanya lagi. - AP


Comments

  1. 18meter ? besarnyee.. huhu seraam ! Subhanallah Allahu Akbar :)

    ReplyDelete
  2. wah mmg giuant betu ni dik. done cc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan KA...giant sangat-sangat..tak boleh imgagine bila tengok sotong ni in real..

      Delete
  3. kraken mcm jack sprrow tu ke..
    besarnya tak habis seminggu makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat seminggu Mama Rey..setahun pun belum tentu..he..he..

      Delete
  4. buat sotong masak pedas sedap jugak ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada selera nak makan ke..lokman..tengok gambar ni ngeri pulak...tapi mungkin kalau dah jadi asam pedas tu...ok kot..he..he

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat