Apabila Doktor Salah Bedah Pesakit


Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah paru-paru pesakit.

Pembedahan tidak senonoh itu dijalankan di Hospital Basildon di Essex menyaksikan pakar bedah mengalihkan bahagian bawah paru-paru pesakit wanita walaupun mereka sebenarnya perlu memindahkan bahagian atas paru-parunya.

Kesilapan besar itu dikenali sebagai “pembedahan bahagian yang salah” dirujuk sebagai kesalahan dalam nota perubatan pesakit terbabit.


 The female patient had the lung operation in December 2012 (posed by model)


Pesakit wanita berkenaan bagaimanapun terselamat dalam prosedur Disember lalu itu, tetapi siasatan dilancarkan bagi mengetahui bagaimana kesilapan sebesar itu boleh berlaku.

Sumber hospital yang enggan dikenali berkata: “Kelihatannya nota perubatan pesakit dari Hospital Broomfield itu diisi secara salah dan menunjukkan bahagian salah pada paru-paru yang dibedah.

“Hospital Broomfield berkata, itu bahagian yang salah. Kelihatannya kesilapan itu dilakukan di Broomfield, tetapi siasatan akan menentukan sama ada ia dilakukan di Basildon.” 


Pengarah Perubatan di Basildon dan Hospital Besar Thurrock, Dr Steve Morgan berkata: “Pada Disember lalu terdapat insiden pembedahan bahagian yang salah. Kajian sedang dibuat terhadap insiden serius itu. 

FotoHOSPITAL Basildon dikecam kerana pakar bedahnya dipercayai melakukan kesilapan dalam pembedahan.

“Tiada siapa digantung dan situasi insiden itu agak rumit.” Jurucakap Hospital Broomfield di Chelmsford, Essex, berkata: “Hospital Basildon menyedari insiden itu dan seiring dengan polisi keselamatan dalaman dan pemerintahannya, siasatan penuh akan dilakukan.

Comments

  1. alamk ni yang risau kalau bab2 operate2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KA...kadang-kadang kes-kes macam ni unexpected actually..harap-harap ianya bukan kes berulang...

      Delete
  2. Kesilapan adalah sesuatu yg tidak dapat dielakkan, tapi kesilapan melakukan pembedahan sesuatu yg tidak boleh di terima. Bayangkan, paru sblh kiri yg sakit tapi di bedah dan repair sblh kanan... Daripada satu yg sakit, jadi 2 belah yg sakit...silap2 terus bawa maut. Kena pula di bagitau sbb silap tgok x-ray tebalik...huhuhu..
    Saman jer la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..kesilapan macam ni tak sepatutnya berlaku..its totally unacceptable..ada yang pernah saman hospital actually...

      Delete
  3. kesian pula pesakit tu..mesti dia trauma..
    macmnalah bole salah bedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mama..sure trauma punya..bahagian yang sakit yang lain pulak yang di kerjaKan...dah sakit dua-dua...hmmm

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat