Breaking News

Saturday, February 2, 2013

Persemadian Mewah Raja Kemboja Dalam kendi berlian






JUMAAT lalu, ratusan ribu rakyat Kemboja membanjiri jalan-jalan utama di Pnom Penh sebagai menghormati upacara perarakan prapersemadian bekas Raja Kemboja, Raja Norodum Sihanouk.
Sihanouk dilihat sebagai tokoh utama yang sentiasa ingin bersama rakyatnya.

Biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman dan kesukaran, kebijaksanaan dan kesabaran Sihanouk akhirnya berjaya membawa kedamaian buat rakyat dan negaranya.

Baginda mengambil keputusan untuk turun takhta pada 2004 selepas enam dekad bergelar raja.  “Sepanjang tempoh pemerintahan baginda, Kemboja mendapat kemerdekaan daripada Perancis, berdepan dengan perang saudara, kerajaan dirampas puak Khmer Rouge yang zalim malah baginda juga pernah dibuang negeri.


SAMI antara pihak penting yang ditugaskan menjalankan ritual agama sepanjang tempoh berkabung.


Pedati bersalut emas

Dalam perarakan tersebut, ribuan rakyat Kemboja berjalan mengiringi pedati bersalut emas yang membawa jenazah Sihanouk ke istiadat persemadian di Gunung Suci yang terletak bersebelahan istana, kawasan yang sama baginda ditabalkan sebagai raja lebih 70 tahun lalu.

Sebelum ini, jenazah bapa kepada 14 orang anak itu ditempatkan di Istana Diraja selama tiga bulan selepas ia diterbangkan pulang dari Beijing Oktober lalu. 

PEDATI bersalut emas dibawa berarak ke sekeliling bandar dengan penuh istiadat persemadian diraja.


Jenazah Sihanouk akan disimpan di tapak pembakaran selama tiga hari bagi acara keagamaan selain memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum istiadat pembakaran diraja dilakukan pada pukul 6 senja esok.


SIHAMONI dan ibunya membakar colok sebelum pedati yang membawa jenazah Sihanouk berarak.

Dalam istiadat persemadian Sihanouk, seramai 5,000 petugas memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran perarakan di 11 lokasi di seluruh bandar.

WANITA ini membotakkan kepala tanda menghormati kemangkatan Sihanouk.


Pecah tradisi 

Dianggarkan lebih sejuta rakyat Kemboja keluar berarak bersama pedati yang membawa jenazah Sihanouk di bandar Pnom Penh kelmarin.

Mengikut adat persemadian, kerabat lelaki akan memulakan upacara membotakkan kepala sebagai tanda berkabung. Sebelum kemangkatannya, Sihanouk pernah berpesan, andainya baginda mangkat, baginda enggan jenazahnya diletakkan di dalam sebuah kendi seperti raja-raja sebelumnya.

Menurut anakandanya, Putera Norodom Ranariddh, ayahandanya mahu memecah tradisi kuno. 

“Baginda mahu diletakkan di dalam keranda hingga ke saat persemadiannya. Itu wasiat terakhirnya yang perlu dipatuhi,” ujar Ranariddh. 



KEPRIHATINAN figura ulung pada era Kemboja moden ini meninggalkan kenangan manis di hati rakyatnya.


Secara tradisinya, Sihamoni dan ibunya akan memulakan istiadat dengan menyalakan api unggun untuk membakar jenazah Sihanouk.

Sebaik sahaja keranda pertama dibakar, pihak tentera akan melepaskan 101 das tembakan meriam. 

Ia disusuli dengan letusan bunga api selain alunan orkestra tradisional pinpeat yang mengiringi bacaan ratib keagamaan di kuil. Pada senja yang sama, lebih 400 banduan dijangka diberi pengampunan. 

Beberapa hari selepas istiadat pembakaran selesai, Sihamoni dan ibunya akan menabur sedikit abu mayat Sihanouk di Sungai Mekong. Baki abu tersebut kemudiannya disimpan di dalam kendi berlian untuk ditempatkan di ruang penyimpanan abu mayat kerabat diraja di istana.

6 comments:

  1. err 3 bln disimpan myt Raja tu sebelum disemadikan? hmm terseksa myt.

    ReplyDelete
  2. Kalau orang islam yang buat macam ni tak taulah nak kata apa...seksakan!!

    ReplyDelete

Designed By