Breaking News

Sunday, February 3, 2013

Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun

David menunjukkan taman mini dalam botol glob yang boleh bertahan tanpa air dan udara.
 

Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

Lush: Just like any other plant, Mr Latimers's bottled specimen has survived and thrived using the cycle of photosynthesis despite being cut off from the outside world

“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.

 
Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.

 Habitable zone: The spot under the stairs where Mr Latimer has kept the bottle garden for the past 27 years

“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.

10 comments:

  1. 1972 ??? lama gile.. Subhanallah Allahu Akbar.. semua dgn izinNya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed Mar dengan izinNYA kan..walaupun dah lama masih bernyawa...

      Delete
  2. betul tu Mar Haini semua terjadi dengan izinNya

    ReplyDelete
  3. waaa another new thing that i just learn here ^^

    ReplyDelete
  4. Satu ekperiman yang menabjubkan! Boleh tanam di bulan ni. Benarlah...tiada yg mustahil jika ianya di izinkan Allah.

    ReplyDelete
  5. lamanya..camna boleh hidup ya..40 tahun masa yg agak lama juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Mama..belum lahir lagi dia dah tanam...hmmmm segar pulak tu...

      Delete

Designed By