Banduan Dalam Beg


Caracas: Pihak berkuasa penjara kini melarang semua pelawat daripada membawa beg pakaian ke premis itu selepas pengawal nyaris diperdaya melalui percubaan banduan melarikan diri, lapor media semalam.


Baru-baru ini, seorang pembunuh, Gavinson Garcia, masuk ke sebuah beg pakaian dibawa teman wanitanya, Susana Blanco, dalam cubaannya memboloskan diri dari Penjara Yare II.

 Suitcase escape bid: One inmate's plan to make a break for freedome inside his luggage was foiled when his girlfriend was unable to push it


Bagaimanapun, rancangan itu terbongkar apabila pengawal melihat Susana, 22, bersusah-payah menarik beg pakaian berkenaan ketika melepasi pintu penjara.

Apabila beg berkenaan diperiksa, pengawal penjara menemui Garcia yang cuma bersinglet dan berseluar pendek berkerekot di dalamnya.


Akhbar El Nuevo Herald melaporkan, Garcia meletakkan kepalanya di antara kedua-dua lututnya.


Sumber berkata, Susana dibayar kira-kira RM3,500 untuk membantu Garcia melarikan diri.



PENGAWAL penjara menemui Garcia dalam sebuah beg pakaian hitam dibawa teman wanitanya ketika cuba memboliskan diri dari penjara.


“Kami percaya Garcia juga mungkin memberi wang kepada banduan lain untuk bersekongkol dengannya,” katanya.


Sumber itu berkata, Garcia mungkin tersilap kerana menyangka pihak berkuasa penjara hanya menjalankan pemeriksaan ke atasnya ketika dia masuk ke situ.


“Barangkali dia tak menjangkakan kami turut memeriksanya ketika dia cuba keluar dari sini,” katanya. Keadaan fizikal Garcia yang agak kecil dengan tinggi kira-kira 1.6 meter memudahkan dia dimuatkan di dalam beg berkenaan. - Daily Mail





Comments

  1. Salam...
    Kelakor pulak, mcm2 cara tapi kantoi juge.

    ReplyDelete
  2. mcm2 cara lah banduan2 ni nk melepaskan diri

    ReplyDelete
  3. hishh..sanggup dia masuk dlm beg yg sempit tu ek..hish mcm² la dorang nih!

    ReplyDelete
  4. macam macam cara diorang cuba lakukan..akhirnya terkandas juga..

    ReplyDelete
  5. aduhh..sanggup dia masuk dlm beg tu..camna dia bernafas ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat