Lahad Datu: 2 Komando Dalam kenangan (7 gambar)


 

Gambar Kenangan Ins Zulkifli

 

Gambar kenangan Inspektor Zulkifli Mamat (kiri) bersama rakan-rakan ketika menjalani latihan yang dikendalikan oleh bapa angkatnya Sarjan Hussain Harun (empat, kanan). Allahyarham terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah semalam. - Foto Bernama


 

Sambut Jenazah Komando

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) ketika menyambut jenazah Sarjan Sabarudin Daud, 46, dan Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia hari ini. Kedua-dua jenazah Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia itu terkorban semalam setelah diserang oleh kumpulan penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. - Foto Bernama

 

Mengaminkan Doa

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) mengaminkan doa jenazah Sarjan Sabarudin Daud dan Inspektor Zulkifli Mamat yang selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang hari ini. - Foto Bernama


 

Insiden Lahad Datu

 

Jenazah Sarjan Sabarudin Daud, 46, dan Inspektor Zulkifli Mamat, 29, diberi penghormatan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, hari ini. - Foto Bernama


 

Keluarga dan Rakan Sedih

 

Nor Aziah Nor, 27, dipapah anggota polis sewaktu mengiringi jenazah suaminya, Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, di Kampung Kubang Ikan, Besut hari ini. - Foto Bernama


Keluarga dan Rakan Sedih

 

Ibu kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud, Som Mad Salleh, dan isteri Nurul Nisah (kiri) mengesat air mata selepas melihat jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Parit 1, Sungai Besar, Sabak Bernama, hari ini. - Foto Bernama
 
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat