50 jam siapkan kasut berlian
SEPASANG kasut bertumit tinggi bertatahkan berlian
asli bernilai £276,000 (RM1.3 juta) muncul sebahagian aksesori wanita
paling mahal di dunia.
Perekanya, Kathryn Wilson berasal dari New Zealand berkata, penghasilan kasut berlian itu diilhamkan oleh Pengarah Auckland’s Orsini Fine Jewellery, Sarah Hutchings dengan menyediakan berlian bermutu kepadanya.
"Proses menyiapkan sepasang kasut ini memerlukan ketelitian bagi mengelakkan berlian bercalar atau tertanggal," katanya yang dipetik dari laporan MailOnline
Wilson berkata, impiannya untuk menghasilkan kasut idaman jutaan wanita menerusi kisah dongeng Cinderella akhirnya tercapai.
"Saya terpaksa menghabiskan lebih 50 jam semata-mata mahu menghasilkan sepasang kasut eksklusif ini yang menggunakan lebih 21.18 karat berlian, labuci dan perhiasan lain yang bermutu," katanya.
Bagaimanapun, kasut paling cantik dan mahal itu sebenarnya dihasilkan
khusus untuk majlis lelongan amal di Ronald McDonald, New Zealand dan
jumlah bidaan mencecah NZD$22,000 (RM57,000) bagi membantu keluarga
miskin dan pesakit kronik.
cantikkkk.. bling bling mata sy hehe.
ReplyDeleteMestilah blog-bling fae..50 hours tu...hmmm..tak taulah macamman nak pakai ni..suspen aje..
Delete