Breaking News

Friday, April 5, 2013

'Jamming' menjelang Maghrib

 Lelaki dikenali sebagai "Tuhan Harun" dibawa ke ibu pejabat polis Kuantan untuk di soal siasat


Pengasas ajaran sesat rekrut lebih 100 ahli

Kuantan: Seramai 31 individu, termasuk enam wanita dipercayai pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam serbuan di sebuah premis, Lorong Pandan Damai, di sini, petang kelmarin.

Maklumat orang awam
 
Serbuan dibuat kira-kira jam 6.50 petang berdasarkan maklumat orang awam bahawa terdapat kegiatan mencurigakan dilakukan Harun Mat Saat atau bergelar Tuhan Harun.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati Harun yang berusia 48 tahun sudah merekrut lebih 100 pengikut terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang termasuk doktor dan ahli perniagaan.

“Kegiatan ajaran sesat ini dipercayai sudah wujud setahun lalu dan mereka aktif mencari ahli baru terutama remaja dan individu bekerjaya.

Ritual bermain muzik


Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’. 

 Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Sumber berkenaan berkata, turut ditahan ialah orang kanannya berusia 40-an yang turut dikenali sebagai ‘Doctor of God’ yang turut membantu menyebar ajaran sesat terbabit. Beliau berkata, semua mereka yang ditahan berusia antara 12 tahun dan 50 tahun dan kini ditempatkan sementara di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.

Selain itu, sumber itu berkata, penahanan Tuhan Harun turut membongkar kegiatan penipuan pelaburan skim cepat kaya yang dikenali ‘program ganda wang’ dan dipercayai sudah memperdayakan orang ramai dengan anggaran kerugian lebih RM200 juta.

Skim cepat kaya

“Kami menemui wang tunai kira-kira RM70,000 dalam kereta suspek dan dipercayai ia hasil pelaburan orang ramai terhadap skim cepat kaya yang dianjurkannya.

“Saya difahamkan Harun juga dalam senarai antara individu paling dikehendaki Bank Negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan kumpulan berkenaan. 


 Source

No comments:

Post a Comment

Designed By