Dipaksa Teguk Racun

Di Culik & Di Paksa Teguk Racun




Sitiawan: Bukan saja diculik dan wang RM60,000 disamun, malah badan seorang lelaki turut dikelar sebelum dipaksa minum racun sehingga mati. 

Demikian nasib kontraktor, Ong Tee Kong, 53, angkara perbuatan kejam empat penjenayah sebelum dia disahkan meninggal dunia jam 9.05 malam kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian bermula dengan Ong ditahan empat lelaki terbabit ketika dia menunggang motosikal berhampiran Ayer Tawar sebelum dibawa ke sebuah tokong di Sungai Wangi, di sini, Selasa lalu. Menurutnya, dalam kejadian jam 4 petang itu, suspek merampas RM60,000 dibawa mangsa sebelum dia diseksa di dalam tokong.

“Difahamkan, penjenayah mengelar dada dan badan mangsa berulang kali dengan pisau. Mangsa yang berlumuran darah dibawa ke kawasan perkuburan berhampiran sebelum dipaksa minum racun berwarna hijau dan dibiarkan menggelupur.

“Bagaimanapun, selepas ditinggalkan mangsa yang ketika itu masih hidup dapat menghubungi rakannya yang datang ke lokasi kejadian dan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung. “Ketika itu mangsa menceritakan segala kejadian kepada rakannya itu bermula daripada dia diculik hingga dipaksa minum racun,” katanya.

Sumber itu berkata, berikutan keadaan mangsa bertambah teruk, ahli keluarga memindahkannya dari Hospital Seri Manjung ke sebuah hospital swasta di Ipoh bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Namun, kesan racun itu menyebabkan mangsa disahkan mati pada jam 9.05 malam kelmarin,” katanya. Menurutnya, polis yang melakukan siasatan di lokasi mangsa diculik menemui kesan cecair berwarna hijau di tangga tokong yang tidak berpagar itu. “Contoh cecair racun itu sudah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Kes pembunuhan itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim mengesahkan menerima laporan itu dan masih menyiasat motif kejadian berkenaan sama ada akibat dendam atau samun.

Comments

  1. ya Allh x dpat KA nak bayangkan... ! mmg kejam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat