Kelab Terkaya Di Dunia

Real kelab terkaya dunia


REAL Madrid mengatasi Manchester United untuk muncul kelab terkaya di dunia. Beckham kekal pemain bola sepak termahal dunia dengan pendapatan RM152.8 juta setahun.


LONDON – Real Madrid berjaya memintas kedudukan Manchester United sebagai kelab terkaya di dunia. Sebelum ini, United menguasai kedudukan tersebut berdasarkan kaji selidik yang dijalankan syarikat analisis perniagaan, Forbes sejak 2004.

Real dilaporkan memiliki nilai mencecah £2.15 billion (RM9.95 bilion) tahun ini. United pula di tempat kedua dengan £2.07 bilion (RM.9.58 bilion) diikuti Barcelona, Arsenal dan Bayern Munich.
“Real Madrid berjaya memperoleh nilai yang konsisten dan tertinggi berbanding kelab lain biarpun ekonomi Sepanyol dilihat kurang stabil ketika ini.

“Ia berpunca daripada kehadiran beberapa individu tersohor bersama kelab itu seperti Cristiano Ronaldo dan Jose Mourinho.

“Berdasarkan penilaian tahun ini, kesemua 20 pasukan terkaya berjaya meraih keuntungan secara purata £634 juta (RM2.9 bilion), naik 26 peratus berbanding tahun lalu,” kata jurucakap Forbes.

Dalam pada itu, bekas kapten England, David Beckham kekal pemain terkaya di dunia apabila memperoleh pendapatan £33 juta (RM152.8 juta) setahun. – Agensi

Comments

  1. Real tidak hairan kelab terkaya, tapi Beckham tu pelik sikit...tinggi betul nilai komersialnya berbanding prestasi.

    ReplyDelete
  2. Tulah BM..rasanya dia punya performance dah sehebat dulu lagi..hmm

    Untung dia orang ni kan KA...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat