Breaking News

Sunday, April 21, 2013

Kemalangan Ngeri Awal Pagi




 DUA daripada lima mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Shah Alam semalam.

Kemalangan Ngeri Awal Pagi

Lima lelaki terbunuh dengan dua daripada mereka putus kaki dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal dan dua buah kereta di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran sebuah stesen Petronas selepas Plaza Tol Batu 3 di sini semalam.

Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri pada pukul 3 pagi itu ialah Mohd. Faridzuan Mohd. Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21, M. Kalaychelven, 50, dan Wilson Lee, 22.

 Turut putus kaki, Kalaychelven dan Amirul Faiq.

Foto
KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayop berkata, mengikut siasatan, sebelum kemalangan, pemandu kereta Honda City bernombor pendaftaran BHW 8678 dipandu Wilson Lee yang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Klang hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian. 

 Foto
ORANG ramai di tempat kejadian.

“Kereta Honda itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas lalu melanggar tiga buah motosikal yang masing-masing bernombor pendaftaran AFB 5586, BKK 892 dan BJY 1340 yang berhenti di lorong kecemasan kerana salah sebuah motosikal itu dipercayai mengalami kerosakan,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam.


Cr: Kosmo

2 comments:

  1. Terbaca pasal ni... Ada yg kata pemandu kereta tu mabuk. Tapi mcmne pula motor ada di highway pula, tidak di jalan motorsikal. Kalau sudah ajal...itu semua penyebabnya sahaja.

    ReplyDelete

Designed By