Mimpi buruk gangguan syaitan


KANAK-KANAK juga tidak terkecuali mengalami masalah kecelaruan tidur. - Gambar hiasan


TIDUR merupakan perkara penting yang selalu dibincangkan dalam cara hidup seorang muslim. Malah al-Quran dan hadis menggariskan amalan tidur dan kepentingannya untuk dijadikan panduan.

Al-Quran dan hadis menyentuh beberapa garis panduan dan jenis tidur yang diperlukan oleh setiap makhluk yang bernyawa.

Pelbagai kajian sains moden telah dijalankan dan mendapati kandungan al-Quran selari dengan peringkat tidur yang dibuktikan melalui penyelidikan sains.

Selain itu, al-Quran turut membincangkan tentang manfaat yang diperoleh daripada tidur dan menekankan kepentingan mengekalkan corak cahaya ketika tidur.

Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat sering mengalami gangguan tidur sehingga menyebabkan prestasi kerja dan kehidupan seharian turut terjejas.

Jenis gangguan tidur

Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam, Mohd. Fauzi Mustaffa berkata, terdapat tiga bentuk gangguan tidur yang biasa dialami oleh manusia.

"Jenis gangguan tidur boleh dikategorikan kepada penyakit fizikal, mengigau disebabkan aktiviti yang dilakukan sebelum tidur contohnya menonton filem seram dan ketiga gangguan daripada syaitan.

"Mereka yang mengalami mimpi buruk seperti terjun bangunan atau terperangkap dalam situasi mencemaskan dinasihatkan agar lekas bangun daripada tidur dan membuat isyarat seakan-akan ingin meludah ke kiri sebanyak tiga kali," jelasnya.

Isyarat meludah itu merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengalami mimpi buruk. Menurutnya, mimpi buruk datang daripada syaitan dan kita ditegah untuk menceritakan perihal mimpi buruk tersebut kepada orang lain kerana bimbang ia mendatangkan fitnah seperti dituduh memiliki saka.

"Apabila seseorang tidur, dia telah masuk ke alam roh dan ketika itulah rohnya dikejar oleh syaitan. Jika mimpi buruk dibiarkan berterusan tanpa dirawat boleh memudaratkan dan menghilangkan keyakinan diri seseorang. "Oleh itu, orang Islam dinasihatkan agar membaca doa sebelum tidur dan ayat Kursi bagi mengelakkan gangguan syaitan," ujar Mohd. Fauzi.
Bagi meningkatkan kecerdasan badan selepas bangun daripada tidur, setiap individu perlu mengamalkan bacaan doa bangun tidur, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.

Usai membaca ayat suci tersebut, pengamal dikehendaki menghembus kepada tapak tangan kemudian disapu pada keseluruhan anggota badan dan disusuli dengan solat Subuh atau sunat. Tambah Mohd. Fauzi, tubuh dan roh manusia diikat sebanyak tiga ikatan oleh syaitan pada setiap kali hendak tidur untuk menghalang mereka melaksanakan amalan kebajikan.
Setiap ikatan tersebut akan terputus selepas individu itu membaca doa bangun tidur, mengambil wuduk dan solat Subuh.

"Ketiga-tiga amalan tersebut mesti dilakukan bagi memutuskan tiga ikatan syaitan yang membuatkan badan kita lemah. Jika salah satu amalan itu ditinggalkan, badan kita mudah lesu. "Petua untuk mendapatkan tidur lena pula adalah dengan membaca doa tidur, surah tiga Kul, ayat Kursi, minum susu kambing, cuka epal yang dicampur dengan segelas air suam dan madu serta basuh kaki sebelum tidur," ujarnya yang berkongsi tip tidur kepada orang yang mengalami masalah imsonia.

Dalam pada itu, masyarakat beragama Islam juga digalakkan agar tidur sejenak sebelum waktu Zuhur bagi mengecas tenaga yang diperlukan badan untuk kekal cergas.

Comments

  1. Kalau mimpi buruk, teramat2lah tidak diingini. Syaitan ni nak mengganggu tidak kira masa dan ketika. Bersedialah! Tapi kalau dapat mimpi2 indah pula...Hmmm rasa xnak bgun la pulak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..selalunya bila mimpi ngeri tu..sedih aje mood bila bangun kan..tapi kalau mimpi yang best-best, macam nak tidur balik bagi sambungkan...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat