PRU13 : Negara kini ditadbir kerajaan sementara..!!!
KUALA
LUMPUR: Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah
menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan
sementara yang mentadbir urusan negara.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dibubarkan hari ini Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.
Katanya amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara.
“Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya melibatkan tugasan harian sahaja tanpa melibatkan sebarang pembentukan dasar atau polisi baru berikutan pembubaran Parlimen akan membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.
“Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli
Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan
perundangan tidak boleh dibuat,” katanya.
Wan Junaidi berkata Ketua Setiausaha Negara selaku ketua pelaksana dasar akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada Badan Eksekutif sahaja.
Beliau berkata istilah kerajaan sementara tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia merupakan kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen.
- Bernama
x sabar nak mengundi nanti hehe
ReplyDeleteYup samalah kita KA..selamat mengundi semua...
DeleteAkhirnya tarikh 3 Apri juga jadi pilihan Najib. Siap sedialah dgn perang kempen dan poster.
ReplyDeleteAkhirnya...3 april tarikh keramat..harap-harap dia orang tak go overboard on campaign site..tak bestlah hari-hari baca benda-benda yang kurang enak untuk minda...
DeleteAkhirnya....sekarang ni duk tunggu PRU ajelahkan...
ReplyDeleteYup..dah lama tunggu ni..he..he
Delete