Breaking News

Monday, April 22, 2013

Keistimewaan Solat Sunat


 
Solat Tiang Agama 

SOLAT sunat walaupun tidak diwajibkan, tetapi kepentingannya tidak boleh dipandang remeh oleh setiap umat Islam. Dalam erti lain, solat sunat merupakan penambahbaikan kepada solat fardu sekiranya terdapat kekurangan ketika menunaikan ibadat wajib itu. Lebih-lebih lagi apabila ibadat solat merupakan perkara pertama sekali yang dihitung oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Seorang sahabat Rasulullah, Yahya Ya'mar meriwayatkan bahawa baginda berkata: "Sesungguhnya amal perbuatan pertama yang dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya sempurna, maka tercatat ke atasnya sempurna, jika tidak sempurna terjadi, Allah menyatakan kepada malaikat, "Perhatikan sama ada hamba aku didapati melakukan solat sunat. Sempurnakan solat itu dengan amalan solat sunat. Kemudian baru dihitung zakat dan seterusnya."

Oleh demikian, berdasarkan hadis berkenaan, jelas terbukti bahawa solat sunat merupakan ibadat penting. Tanggapan untuk mengabaikannya dengan memahami bahawa ibadat berkenaan hanya semata-mata sunat sahaja perlu ditepis oleh umat Islam.

@Utusan

2 comments:

  1. betull,,, tapi bila sebut ja sunat, memang rata2 akan jadi berat, nice entry akak ^__^

    ReplyDelete
  2. skrg ni pun dah rasa berat nk buat, tk macam masa zaman dok asraman kat sekolah dulu.. hehehe.. nk kena tingkatkan lagi nih...

    nice share...

    ReplyDelete

Designed By