Breaking News

Thursday, April 4, 2013

Susuk & Botox ... Apa Yang Tak Kena



Pemakaian susuk dan botox banyak beri mudarat kepada pengguna.

Kita sering mengambil tindakan mudah untuk kelihatan cantik dan menarik. Ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit serta tenaga semata-mata untuk kepuasan hati. Walaupun ada sesetengah tahu hukum dan akibatnya, mereka tetap meneruskan tindakan itu.

Firman Allah SWT: “Allah yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).” (Surah al-Baqarah, ayat 255) 

Kehidupan manusia telah diuruskan dan ditentukan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan tiada hak ke atas makhluknya untuk mengubah kehidupan tanpa izin- Nya.

Tak perlu risau kekurangan diri

Jadi, kita tidak perlu risau mengenai kekurangan pada diri masing-masing. Ini kerana setiap kekurangan pasti ada hikmah dan kelebihannya tersendiri. Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk-Nya dengan sebaik-baik kejadian.

Firman Allah SWT: “Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya); bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada banding-Nya, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Hasyr, ayat 24)

Walaupun al-Quran telah menjelaskan keindahan ciptaan Allah, namun masih ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati dan kerana itulah mereka mengubah ciptaan itu sedikit demi sedikit dengan menggunakan pelbagai cara. 

Cara tradisional yang biasa dilakukan adalah memakai susuk untuk memaniskan rupa seseorang itu supaya kelihatan cantik dan berseri.

Pada era serba moden ini, memakai susuk dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. Oleh itu, mereka mencuba sesuatu yang baru dan canggih. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau lebih dikenali sebagai botox menjadi pilihan.

Salah guna botox

Asalnya, botox hanya dijadikan sebagai bahan perubatan kosmetik tetapi kelebihannya yang mampu menjadikan seseorang itu kelihatan lebih cantik telah menyebabkan ia disalahgunakan.

Alasan mereka yang menggunakan botox ialah bahan itu tidak mengubah ciptaan Allah, tetapi hanya mencantikkan lagi kejadiannya.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Ibnu Mas’ud)

Menurut Majlis Fatwa negara Islam, hukum menerima suntikan botox adalah haram kerana ia jelas mengandungi bahan yang meragukan. Tambahan pula, suntikan ini didapati boleh memberi mudarat dan kesan negatif kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

Namun, suntikan botox dibenarkan dalam keadaan darurat atau terdesak dengan syarat dilakukan oleh pakar bertauliah. Amalan susuk dan botox ini lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada positif. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang telah dimiliki serta jagalah amanah Allah kepada kita. 

4 comments:

  1. Ciptaan Allah sudah sempurna...Nak cucuk2 buat apa lagi. Bersyukurlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , kurniaan ALLAH dah sempurna bagi kita...

      Delete

Designed By